
Menerusi pengumuman yang dibuat, Apple Watch Series 6 menambahkan beberapa sensor baharu termasuk Blood Oxygen yang membolehkan pemantauan kadar oksigen dalam darah, SpO2 dan penjejakan waktu tidur yang lebih baik.

Menurut Apple, Series 6 boleh mengukur tahap kadar oksigen dalam darah hanya sekitar 15 saat dengan menggunakan lampu infrared. Apple turut bekerjasama dengan dengan pasukan kesihatan bagi menambah fungsi ini, termasuk menguji jika ia boleh mengesan tanda-tanda awal seseorang dijangkiti COVID-19.

Apple Watch Series 6 hadir dengan pemproses S6 baharu, yang menjanjikan prestasi 20% lebih pantas berbanding pendahulunya, Series 5. Pemproses ini adalah berasaskan cip A13 Bionic.

Series 6 boleh didapati dengan 4 pilihan warna yang terdiri daripada Gold, Graphite, Blue dan Product (RED). Sebagai tambahan, Apple turut mengumumkan tali jam baharu yang diperbuat daripada silikon dengan rekaan seperti gelang getah. Apple memperkenalkan tali jam itu sebagai Solo Loop.

Tali jam ini didatangkan dengan 7 pilihan warna. Terdapat juga versi braided yang diperbuat daripada benang dengan 5 pilihan warna serta tali jam kulit.

Apple Watch Series 6 menjalankan WatchOS 7 yang diumumkan di WWDC pada awal tahun ini. Kemas kini turut tersedia kepada semua model Series 3 dan ke atas dengan membawakan sokongan penjejakan tidur dan sebagainya.
Dalam pada itu, Apple turut memperkenalkan ciri baharu Family Setup, yang membolehkan penjaga menetapkan Apple Watch bagi jagaan mereka yang tidak mempunyai iPhone. Bagaimanapun, ciri Family Setup ini hanya didatangkan pada model Apple Watch versi selular.

Apple Watch Series 6 hadir dengan dua pilihan saiz iaitu 40mm dan 44mm serta ditawarkan pada harga bermula RM1,749.
Berkaitan
- Sony Diam-Diam Lancar Model PS5 Yang Lebih Ringan
- Amazfit Tawar Pelbagai Produk Dengan Potongan Harga Sehingga 26%
- Sony Umum Aksesori PS5 'Camouflage Collection', Pra-Tempah Bermula Minggu Depan
- Pelancaran Global ROG Phone 7 Sah Akan Berlangsung Bulan Depan
- Jatuh Bangun Jenama BlackBerry Akan Difilemkan
- Acara Pelancaran OnePlus Nord Akan Diadakan Melalui Aplikasi AR Ini
- Seorang Pengguna Lapor Apple Watch Series 7 Terlalu Panas Dan Meletup
- Apple Store Ditutup Sementara, Beri Bayangan Pengumuman iPad Pro Baharu
- Naik Taraf Sistem, Beberapa Perkhidmatan Celcom Akan Ditutup Sementara
- Semua Pihak Dilarang Terbangkan Dron Sepanjang Tempoh PKP - PDRM