Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp tangguh polisi baru

Sebanyak 100 Bilion Kiriman Whatsapp Dihantar Setiap Hari

Posted on Oktober 30, 2020Oktober 30, 2020

Aplikasi permesejan popular, WhatsApp kini dilaporkan menghantar 100 bilion teks pesanan pada setiap hari. Perkara ini telah diumumkan oleh CEO Facebook, Mark Zuckerberg.

Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp di Facebook, Will Cathcart, kemudian turut mengesahkannya melalui ciapan di Twiiter.

This year we've all relied on messaging more than ever to keep up with our loved ones and get business done. We are proud that @WhatsApp is able to deliver roughly 100B messages every day and we're excited about the road ahead.

— Will Cathcart (@wcathcart) October 29, 2020

Awal tahun 2014, sebanyak 50 bilion teks pesanan WhatsApp telah dihantar setiap hari. Pada masa itu, Whatsapp hanya mempunyai 500 juta pengguna aktif.

Setelah enam tahun, aplikasi WhatsApp kini mempunyai lebih 2 bilion pengguna aktif secara global. Berikutan itu, jumlah teks pesanan yang dihantar turut bertambah.

Dengan jumlah pengguna yang semakin bertambah, WhatsApp turut ditambahbaik pelbagai ciri baharu. Baru-baru ini, WhatsApp dilaporkan bakal memperkenalkan ciri baharu seperti sertai panggilan yang tidak dijawab, pengesahan biometrik, panggilan video dan audio melalui web serta lain-lain.

Sumber: Techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress