Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Pixel 5 Dilaporkan Mengalami Masalah Pada Skrin Paparan Dan Bingkai

Posted on Oktober 20, 2020Oktober 22, 2020

Google Pixel 5 baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini. Kini, terdapat beberapa laporan dari pengguna yang mendakwa peranti ini mengalami masalah pada skrin paparan dan bingkai.

Melalui Google Community, ia memperlihatkan terdapat jarak atau gap yang dikesan di antara skrin paparan dan bingkai/binaan Google Pixel 5. Aduan tersebut pada mulanya dibuat oleh James Bennet, namun beberapa pengguna lain juga menyatakan masalah yang sama.

Masalah ini dikesan setelah kotak pembelian dibuka dan bukanlah disebabkan setelah penggunaan untuk beberapa ketika.

masalah Pixel 5
masalah Pixel 5

Dalam pada itu, Android Police dalam satu laporan turut mendedahkan unit ulasan yang diterima mengalami masalah yang sama. Masalah ini mungkin memberi kesan kepada penarafan kalis air/debu IP68 yang dimuatkan pada Pixel 5.

Bagaimanapun, pada masa ini Google belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

Sumber: Google Community

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress