Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Antutu – 10 Telefon Pintar Android Dan iPhone Popular Sepanjang 2017

Posted on Januari 31, 2018Februari 1, 2018

Antutu hari ini telah berkongsi 10 senarai peranti Android dan juga iPhone yang mendapat penilaian tertinggi atau dalam erti kata yang lain, ia popular dalam kalangan pengguna sepanjang 2017 berlangsung.

Senarai kedudukan ini adalah berdasarkan beberapa kriteria dan sebilangan kecil model “hangat” tidak tersenarai seperti contoh, OnePlus 5T, Galaxy Note 8 dan iPhone X.

  • Baca juga – AnTuTu Berkongsi Senarai Jenama Telefon Pintar Yang Paling Banyak Diklon Bagi Tahun 2017

Hal ini kerana, model-model yang disebutkan berkemungkinan besar akan muncul pada senarai bagi tahun 2018 pula.

Android

  1. OnePlus 5
  2. OnePlus 3
  3. Meizu PRO 6 Plus
  4. OnePlus 3T
  5. Xiaomi Mi Max
  6. Samsung Galaxy S8
  7. Xiaomi Redmi Note 3
  8. Samsung Galaxy S8+
  9. Xiaomi Mi 6
  10. Xiaomi Redmi Note 4

Kelihatan empat model dari Xiaomi tersenarai iaitu Mi Max, Redmi Note 3, Mi 6 dan juga Redmi Note 4, mungkin atas sebab harga dan spesifikasinya yang agak berbaloi untuk dibeli.

  • Baca juga – 10 Cip Pemprosesan Telefon Pintar Paling Popular Sepanjang 2017

iPhone

  1. iPhone 6S Plus
  2. iPhone SE
  3. iPhone 8 Plus
  4. iPhone 6S
  5. iPhone 7
  6. iPhone 6
  7. iPhone 7 Plus
  8. iPhone 6 Plus

Walaupun dilancarkan pada 2016, iPhone SE boleh dikatakan masih popular dalam kalangan pengguna, ini kerana saiznya yang kecil tidak menghalang ia daripada memberikan prestasi yang menggagumkan.

Sumber: Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress