10 Cip Pemprosesan Telefon Pintar Paling Popular Sepanjang 2017

Antutu cukup terkenal sebagai platform penanda aras dalam menguji kecekapan serta prestasi telefon pintar android.

Setiap spesifikasi dan markah yang berjaya dikutip disimpan oleh mereka dan berdasarkan data itu, Antutu telah menyenaraikan 10 cip pemprosesan paling popular bagi tahun 2017.



Melihat kepada carta diatas, dilihat Snapdragon 835 mengungguli dengan pegangan sebanyak 15.54%, diikuti oleh Snapdragon 820 ditangga kedua dengan 12.14%.

Sedikit memeranjatkan apabila Snapdragon 821 berada dibawah Snapdragon 820 dan hal ini mungkin terjadi kerana kos cip tersebut.

  1. Snapdragon 835 (15.54%)

  2. Snapdragon 820 (12.14%)

  3. Snapdragon 821 (10.42%)

  4. Kirin 960 (7.45%)

  5. Snapdragon 625 (7.23%)

  6. MediaTek Helio X20 (3.55%)

  7. Snapdragon 652 (3.21%)

  8. MediaTek Helio P10 (2.65%)

  9. Kirin 950 (2.38%)

  10. Snapdragon 660 (2.05%)


Walaupunbegitu, Kirin 970 tidak disenaraikan disebabkan pelancarannya agak lewat iaitu pada suku keempat tahun lalu.

Boleh disimpulkan bahawa Qualcomm mendominasi pasaran cip pemprosesan bagi 2017 dengan sebilangan besar cip mereka tersenarai dalam carta diatas.

Sumber: GizmoChina