AnTuTu, platform penanda aras bagi spesifikasi telefon pintar, telah berkongsi laporan mengenai jenama telefon pintar yang paling banyak diklon sepanjang 2017 berlangsung.
Berdasarkan laporan, sejumlah 17,424,726 telefon pintar telah dipasarkan keseluruh dunia dan 2.64% daripada jumlah besar tersebut merupakan telefon pintar klon.
Jenama yang paling banyak diklon pada tahun lepas adalah Samsung dengan 36.23%, dimana Galaxy S7 Edge edisi eropah menjadi model tertinggi pengklonan terbabit.
Ia disusuli dengan Galaxy S7 Edge versi China dan model lain yang turut diklon adalah Galaxy W2016, Galaxy W2017 dan Galaxy S8+.
Apple merupakan jenama kedua paling banyak diklon menerusi model iPhone 7. Jenama dari China juga tidak terlepas dimana Xiaomi dengan 4.75% diikuti dengan OPPO 4.46% dan Huawei dengan rekod 3.4%.
Walaupun hanya model klon, kebanyakkan peranti itu membawakan skrin beresolusi tinggi dimana 10.23% daripadanya dilengkapi dengan skrin 1440p QHD.
Sumber: cnBeta
Berkaitan
- Samsung Patenkan Pengimbas Cap Jari Dalam Paparan Untuk Skrin Penuh
- OPPO A83 Dijangkakan Pelancarannya Pada 30 Disember Ini
- Huawei Perkenal Nova 5, Nova 5 Pro Dan Nova 5i
- Samsung Galaxy M10 Dan M20 Sudah Dilancarkan, Bakal Bersaing Dengan Xiaomi Di India
- Huawei Mate 10 Dan Huawei Mate 10 Pro Boleh Guna Ciri VoWiFi Bermula 30 Januari Ini
- Qualcomm Sahkan Bakal Membekal Cip Kepada Huawei
- Xiaomi Blackshark Dengan Snapdragon 845 Dan RAM 8GB Kelihatan Di Antutu
- Antutu Keluarkan 10 Peranti Berprestasi Terbaik Sepanjang Februari
- OnePlus 6 - Nisbah Skrin 19:9 Dan Markah Antutu 276,510
- Huawei Dilapor Akan Mula Mengeluarkan Cip Kirin 985 Pada Suku Ketiga Tahun Ini