Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP, AI

Anthropic Larang Tingkah Laku “Kejam” Terhadap Claude

Diterbitkan Oktober 9, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 9, 2026 oleh Amalina Athman

Anthropic pada Khamis mengambil langkah untuk melarang pengguna daripada melayan sistem Claude AI dengan kekejaman yang tidak perlu.

Makmal AI yang berpangkalan di San Francisco itu mengemas kini dasar penggunaannya dengan memasukkan “larangan terhadap tingkah laku penderaan atau kejam yang berterusan dan tidak perlu terhadap model kami”. Dasar baharu yang diumumkan pada 8 Oktober 2026 itu dijadual berkuat kuasa pada 12 November 2026.

“Keupayaan Claude untuk menamatkan interaksi ini akan kekal sebagai mekanisme penguatkuasaan utama,” menurut dasar tersebut.

Dasar yang dikemas kini itu tidak secara jelas menyebut apa yang dipanggil “kebajikan model” (model welfare), iaitu idea bahawa sistem AI mungkin wajar menerima bentuk perlindungan yang biasanya dikhaskan untuk benda hidup. Namun, Anthropic dan para eksekutifnya secara terbuka pernah mempertimbangkan konsep tersebut.

Awal tahun lalu, syarikat itu berkata ia memberikan Claude keupayaan untuk menamatkan perbualan dalam kes yang jarang berlaku dan melampau, melibatkan “interaksi pengguna yang berterusan memudaratkan atau bersifat penderaan”.

Kemudian pada Februari, Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic, Dario Amodei, memberitahu The New York Times bahawa beliau tidak pasti sama ada model AI boleh mempunyai kesedaran.

“Kami tidak tahu sama ada model-model itu mempunyai kesedaran… Namun, kami terbuka kepada kemungkinan bahawa ia mungkin mempunyai kesedaran,” kata Amodei.

Sementara itu, Jackson Stakeman, pengurus besar di Sparq, penyedia perkhidmatan AI yang berpangkalan di Atlanta, berpendapat bahawa persoalan sama ada AI mempunyai kesedaran mungkin bukan persoalan yang tepat untuk dibincangkan.

“Kesedaran ialah perangkap. Kita sendiri tidak dapat membuktikan dengan pasti bahawa orang lain mempunyai kesedaran. Membahaskannya dalam konteks AI hanya akan membuat kita berputar-putar (tanpa mencapai kesimpulan). Metafora cermin lebih sesuai. Sistem ini mencerminkan apa yang kita masukkan ke dalamnya, pada skala besar. Itu sudah cukup menjadi alasan untuk perubahan dasar,” kata Stakeman kepada AFP.

Sesetengah pihak menolak sepenuhnya idea bahawa mesin boleh mempunyai kesedaran, termasuk Ketua AI Microsoft, Mustafa Suleyman.

“AI tidak mempunyai kesedaran. Ia tidak mempunyai perasaan, tidak mengalami sesuatu dan tidak menderita,” tulisnya.

Beliau turut menyifatkan pemberian hak dan perlindungan moral kepada entiti teknologi yang berpotensi menjadi jauh lebih berkebolehan dan pintar daripada manusia sebagai sesuatu yang boleh membawa bencana. – AFP

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Semakin Membimbangkan, Anthropic Dakwa Sistem AI Boleh Bina Versi Baharunya Sendiri
  • Dario Amodei, CEO Anthropic Yang Kini Jadi Antara Figura Paling Menonjol Dalam AI
  • Anthropic Lancar Claude Haiku 5.5, Harga API Turun Sehingga 90%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY