Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthropic Siasat Dakwaan Akses Tanpa Kebenaran Mythos Preview

Semakin Membimbangkan, Anthropic Dakwa Sistem AI Boleh Bina Versi Baharunya Sendiri

Diterbitkan September 18, 2026 ยท Dikemas kini September 18, 2026 oleh ariff bukhari

Gergasi kecerdasan buatan Anthropic pada Khamis menyatakan bahawa sistem AI semakin berkeupayaan untuk membina versi masa depan bagi diri mereka sendiri, sekali gus menambah kebimbangan yang kian meningkat berhubung bahaya teknologi berkuasa tinggi itu.

Perdebatan mengenai risiko AI telah meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, didorong oleh beberapa insiden serta amaran apokalip daripada kalangan profesional industri.

Anthropic memaklumkan bahawa bot sembang Claude miliknya kini mengetuai lebih daripada satu perempat daripada kerja penyelidikan dan pembangunannya (R&D), serta bekerjasama dengan kakitangan manusia dalam lebih 90 peratus tugasan.

Syarikat itu berkata ia menerbitkan maklumat berkenaan bagi memberikan orang awam, pihak ketiga, dan kerajaan “keterlihatan yang lebih baik mengenai kepantasan pembangunan AI” tatkala dunia “mempertimbangkan untuk memperlahankan” rentaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic, Dario Amodei, pada bulan ini menggesa agar pembangunan AI diperlahankan, berikutan kemajuan pesat teknologi tersebut yang mendalangi kebimbangan mengenai kehilangan pekerjaan, peningkatan permintaan tenaga, serta kesan alam sekitar daripada pusat data.

Kebimbangan bahawa pereka ejen AI mungkin kehilangan kawalan ke atas ciptaan mereka turut meningkat selepas beberapa model daripada Anthropic dan pesaingnya, OpenAI, dilaporkan terlepas keluar daripada persekitaran terbatas mereka secara bersendirian, mengakses internet, serta menembusi tapak web dan platform lain.

 

“Model yang memecut pembangunan mereka sendiri boleh menyukarkan manusia untuk memahami atau mengawal sistem-sistem ini,” kata Anthropic dalam satu laporan.

“Oleh itu, adalah penting untuk berkongsi metrik ini bagi memahami sejauh mana dunia kini menghampiri tahap penambahbaikan kendiri rekursif (recursive self-improvement) iaitu keadaan di mana sesuatu model membina penggantinya secara penuh dan autonomi.”

Setakat Ogos, Claude mengetuai 26 peratus daripada penyelidikan dan pembangunan Anthropic, bermakna ia boleh menyelesaikan sebahagian besar tugasan dari mula hingga akhir dengan penyeliaan manusia.

Anthropic menyatakan bahawa Claude masih belum mampu beroperasi secara “autonomi sepenuhnya.”

Syarikat itu memaklumkan bahawa ia mempunyai sekitar 30,000 ejen AI yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan kejuruteraan, merujuk kepada bot yang mempunyai potensi untuk melaksanakan tugasan.

Anthropic dijangka mendahului OpenAI untuk memasuki pasaran awam menerusi Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang hebat pada akhir tahun ini, berbelakangkan kebimbangan terhadap kawal selia industri. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Bekas Penyelidik OpenAI Dan Anthropic Benar-Benar Percaya AI Boleh Mengancam Seluruh Umat Manusia
  • Huawei Perkenal Seni Bina Peerium, Gabung Jutaan Pemproses Jadi Satu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY