Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 11 Fold

Google Pixel 11 Pro Fold Lebih Nipis, Ringan Dan Tahan Lasak Berharga RM7,999

Diterbitkan Ogos 12, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 12, 2026 oleh ariff bukhari

Google secara rasminya hari ini mengumumkan kehadiran telefon lipat generasi baharunya, Pixel 11 Pro Fold, yang tampil lebih nipis, ringan, dan tahan lasak serta sarat dengan inovasi kecerdasan buatan (AI).

Peranti boleh lipat baharu ini 10% lebih ringan serta 1mm lebih nipis berbanding model terdahulu, dilengkapi bingkai skrin (bezel) yang lebih kemas serta visor kamera baharu HiLight yang menampilkan lampu LED khas untuk notifikasi dan integrasi Gemini.

Google Pixel 11 Pro Fold Lebih Nipis, Ringan Dan Tahan Lasak Berharga RM7,999

Dari segi ketahanan, peranti ini mengekalkan penarafan kalis air dan debu IP68.
Penggunaan penutup belakang komposit gentian kaca yang lebih kukuh, engsel tanpa gear, dan kaca penutup seramik menjadikannya tiga kali lebih tahan lasak berbanding generasi lalu.
Kesan lipatan skrin juga kini semakin jurang kelihatan dengan kecerahan paparan dipertingkat sehingga 3,600 nits.
Pixel 11 Pro Fold (Yogi) Standard Angles (Orthos)
Pixel 11 Pro Fold.
Pixel 11 Pro Fold dikuasakan cip pemproses Google Tensor G6 d bersama RAM 16GB serta pilihan storan dari 256GB, 512GB dan 1TB.
Peranti ini turut dimuatkan dengan bateri 4806 mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W dan pengecasan tanpa wayar 25W.
Keupayaan AI peranti ini turut dipertingkatkan menerusi fungsi terjemahan masa nyata, termasuk penterjemahan bahasa isyarat (ASL) ke teks yang dibangunkan khas bersama komuniti Kurang Upaya Pendengaran.
Google Pixel 11 Pro Fold Lebih Nipis, Ringan Dan Tahan Lasak Berharga RM7,999
Sistem kameranya turut diperkemas menerusi lensa utama 48MP dan lensa telefoto dengan 30x Super Zoom, disokong ciri fotografi pintar seperti Magic Capture. Google

Pixel 11 Pro Fold tersedia dalam pilihan warna Olive dan Obsidian kini boleh dipra-pesan dan bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran pada 20 Ogos 2026 dengan harga jualannya bermula dari RM7,999.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Siri Google Pixel 11 Kini Rasmi, Harga Bermula RM3,999
  • HONOR Lancar Telefon Robot Pertama Di Dunia, Harga Bermula ~RM6,200

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY