Rasmi, Ini Antara Yang Diumumkan Dalam iOS 17

Apple secara rasmi kini memperkenal iOS 17 dengan sejumlah ciri baharu. Kemas kini iOS 17 dijangka hadir seawal September kelak dan berikut adalah antara ciri baharu dan naik taraf.

{suggest}

1. Mod StandBy




StandBy merupakan ciri baharu yang membolehkan skrin bertukar menjadi paparan status dengan tarikh dan masa. Ia juga boleh menunjukkan maklumat daripada Live Activity, panggilan masuk, notifikasi, widget, gambar, Apple Music dan sebagainya.

Mod StandBy boleh dihidupkan secara automatik apabila iPhone berada dalam mod landskap ketika melakukan pengecasan atau melalui Always-On Display pada iPhone 14 Pro.

2. Hey Siri kepada Siri




Dengan iOS 17 kelak, pengguna hanya perlu menyebut "Siri" untuk menghidupkan fungsi Siri.

3. NameDrop




AirDrop menerima kemas kini yang membolehkan pengguna menghantar maklumat kenalan, melalui ciri yang dinamakan sebagai NameDrop.

Ianya berfungsi dengan mendekatkan dua iPhone atau iPhone dan Apple Watch antara satu sama lain. Dengan fungsi yang sama, pengguna juga boleh berkongsi kandungan foto atau memulakan SharePlay untuk mendengar muzik, menonton filem dan sebagainya.

4. Live Sticker




Aplikasi Messages dikemas kini dengan pelekat emoji baharu dan keupayaan untuk menghasilkan Live Sticker sendiri, iaitu dengan cara mengeluarkan subjek daripada gambar.

Pengguna juga boleh menambah kesan khas pada Live Sticker.

5. Journal




Apple turut memperkenal aplikasi baharu Journal. Menggunakan pembelajaran mesin dalam peranti, Journal secara automatik akan mencadangkan kandungan untuk entri jurnal. Antaranya termasuk aktiviti terbaharu, seperti gambar, tempat, senaman dan lain-lain.



Aplikasi Journal ini dibangunkan dengan ciri penyulitan hujung ke hujung sebagai perlindungan keselamatan tambahan.

6. Contact Poster


Pengguna boleh menyesuaikan Contact Poster dengan memilih gambar, memoji, serta tipografi dan warna font yang sesuai untuk panggilan masuk.



Ciri ini juga akan tersedia untuk panggilan masuk daripada aplikasi pihak ketiga.

7. Live Voicemail


Live Voicemail memberi keupayaan kepada pengguna untuk melihat transkripsi dalam masa nyata atau real-time apabila seseorang meninggalkan mel suara.



Sementara itu, panggilan yang dikenal pasti sebagai spam tidak akan dipaparkan sebagai Live Voicemail dan akan ditolak serta-merta.

8. FaceTime


Pengguna iOS 17 kelak boleh merakam video atau audio apabila membuat panggilan FaceTime. FaceTime turut hadir dengan kesan khas AR seperti bunga api, hati, konfeti, dan lain-lain.



Antara lainnya, ia membolehkan iPhone digunakan sebagai kamera dan memulakan panggilan secara terus daripada aplikasi FaceTime di Apple TV, atau menyambungkan panggilan daripada iPhone ke TV.

9. Widget Interaktif


Sehingga kini, widget di Home Screen menawarkan fungsi yang terhad, yang mana ia hanya memaparkan maklumat untuk bacaan sahaja. Sementara jika klik pada sesuatu widget akan membawa ke aplikasi berkenaan.



Dengan iOS 17 nanti, Apple menawarkan widget interaktif yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan widget di Home Screen, Lock Screen atau dalam mod StandBy.

iOS 17 dijangka hadir untuk semua pengguna seawal September kelak. Bagi mengetahui model iPhone yang menyokong iOS 17, teruskan bacaan selanjutnya di SINI.

Sumber: Apple