Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 16 Pixel_

Android 16 Versi Stabil Kini Tiba Untuk Pixel – Ini Yang Baharu

Diterbitkan Jun 11, 2025 · Dikemas kini Jun 11, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini mula melancarkan kemas kini Android 16 versi stabil untuk peranti Pixel. Sama seperti versi beta sebelum ini, kemas kini ini menyokong peranti seawal siri Pixel 6, termasuk Pixel 6a, semua model A-series seterusnya, Pixel Tablet serta kedua-dua generasi Pixel Fold.

Live Updates

Dengan Android 16, Google mula melancarkan sokongan Live Updates yang akan memaparkan status secara masa nyata terus di skrin.

Menurut Google, fungsi ini akan bermula dengan aplikasi penghantaran makanan dan perkhidmatan e-hailing yang menyokongnya.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/06/11102644/Live_updates.mp4

Syarikat itu juga bekerjasama rapat dengan rakan industri untuk meluaskan ciri ini ke seluruh ekosistem Android, termasuk sokongan dalam Now Bar Samsung serta Live Alerts untuk OPPO dan OnePlus.

Notifikasi lebih tersusun

Android 16 turut memperkenalkan ciri baharu yang membantu untuk kurangkan ‘banjir’ notifikasi, terutamanya dari aplikasi yang sama. Dengan fungsi force-grouping ini, semua notifikasi daripada satu aplikasi akan dikumpulkan secara automatik.

Android 16 Versi Stabil Kini Tiba Untuk Pixel – Ini Yang Baharu

Tambah baik tetapan alat bantu dengar

Android 16 kini tampil dengan beberapa penambahbaikan aksesibiliti yang berguna, khusus untuk pengguna alat bantu dengar yang menggunakan peranti audio LE (Low Energy).

Android 16 Versi Stabil Kini Tiba Untuk Pixel – Ini Yang Baharu

Pengguna kini boleh kawal sendiri mikrofon yang digunakan semasa panggilan suara, tidak lagi terhad pada mikrofon dalam alat bantu dengar. Jika perlu, pengguna boleh terus tukar guna mikrofon telefon untuk hasil audio yang lebih jelas, terutamanya di kawasan bising.

Android 16 Versi Stabil Kini Tiba Untuk Pixel – Ini Yang Baharu

Selain itu, Android 16 juga memperkenalkan kawalan khas untuk laras bunyi alat bantu dengar.

Advanced Protection

Pengguna Android 16 kini boleh mengaktifkan Advanced Protection, sistem keselamatan menyeluruh daripada Google untuk peranti mudah alih.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/06/11104120/Advanced_protection.mp4

Menurut Google, ciri ini menggabungkan pelbagai lapisan untuk melindungi keselamatan peranti daripada serangan dalam talian, aplikasi berbahaya, laman web tidak selamat, panggilan scam dan banyak lagi.

Lain-lain

Google dijangka akan melancarkan mod desktop Android secara rasmi sekitar September ini. Ciri ini dibina berasaskan platform Samsung DeX, dan direka khusus untuk mengoptimumkan aplikasi serta kandungan pada peranti skrin besar.

Selain ciri utama yang diumumkan, Android 16 turut hadir dengan pelbagai ciri tambahan lain.

Antaranya termasuk sokongan tangkap layar HDR, kadar segar semula adaptif serta sistem identity check untuk keselamatan tambahan. Beberapa kemas kini lain juga mula diberikan kepada peranti Android dan Pixel bermula hari ini.

Dalam beberapa bulan akan datang, lebih banyak peranti baharu dijangka hadir dengan Android 16.

Menjelang lewat tahun ini, lebih banyak elemen rekaan antara muka (UI) Material 3 Expressive bakal diperluas dalam Android 16 dan juga sistem Wear OS 6, khususnya untuk peranti Pixel.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Google Dedah UI Android 16 Sasar Generasi Muda
  • Google Dilapor Akan Guna Cip Tensor Berasaskan TSMC Hingga Pixel 14
  • Android 16 Bakal Perkenal Ciri Kesihatan Bateri Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY