Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Akan Lancar Android 16 Lebih Awal

Android 16 Bakal Perkenal Ciri Kesihatan Bateri Baharu

Diterbitkan Jun 10, 2025 ยท Dikemas kini Jun 10, 2025 oleh ariff bukhari

Google sedang membangunkan ciri baharu yang dipanggil “Battery Health Assistance” yang dijangka dilancarkan bersama Android 16.

Bateri mempunyai voltan maksimum yang boleh ia dicas. Mengecas hingga voltan penuh memberikan kapasiti paling tinggi, jadi ciripembantu kesihatan bateri baharu ini akan mengurangkan voltan tersebut, sedikit demi sedikit apabila mencecah 200 kitaran cas.

Jadi, bateri tidak akan dicas pada tahap potensi penuhnya di mana ia akan menyesuaikan kelajuan pengecasan telefon berdasarkan kapasiti, menjadikan peranti Android anda mungkin tidak akan dicas sepantas dulu.

Tujuannya adalah untuk menjaga kesihatan bateri telefon dan memastikan prestasi telefon kekal stabil.

battery health assistance

Apa yang dapat disimpulkan, ciri Battery Health Assistance adalah versi yang lebih proaktif daripada sistem pemantauan kesihatan bateri peranti sedia ada.

Google telah pun mengesahkan pelancaran Android 16 esok dengan dijangka telefon pintar Pixel akan menerimanya terlebih dahulu.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Google Sahkan Android 16 Bakal Tersedia Esok
  • Xiaomi SU7 Ultra Kini Dalam Gran Turismo 7

Sumber: 9t05Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY