Anda Peminat Xiaomi Dan PUBG Mobile? Inilah Masa Untuk Sertai Acara Istimewa Ini

Sempena sambutan ulang tahun keempat PUBG Mobile, mereka telah bekerjasama dengan Xiaomi untuk meraikan hari istimewa ini dengan melancarkan acara trak istimewa yang diadakan pada 1-20 Mac.

Dengan menyertai aktiviti seperti TDM 4v4 Fun Match, peserta akan ditawarkan UC yang lumayan. Bukan itu sahaja, aktiviti Spin to Win juga memberi peluang kepada pengunjung untuk memenangi skin terhad dan barangan eksklusif sempena ulang tahun keempat PUBG Mobile.



Acara trak istimewa ini akan diadakan di beberapa negeri terpilih seperti Kedah, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Di bawah merupakan jadual dan lokasi acara trak ini diadakan:

Kedah: 1 - 3 Mac 2022

  • Star Parade Complex - 1 Mac 2022, 10am - 6pm

  • Amanjaya Mall - 2 Mac 2022, 10am - 6pm

  • Central Square - 3 Mac 2022, 10am - 6pm


Pulau Pinang: 4 - 6 Mac 2022

  • Pacific Mega Mall - 4 Mac 2022, 10am - 6pm

  • Prangin Mall - 5 Mac 2022, 10am - 6pm

  • Straits Quay - 6 Mac 2022, 10am - 6pm


Buat masa ini, lokasi bagi negeri Johor, Selagor dan Kuala Lumpur masih belum diketahui dan akan diumumkan pada masa akan datang.



Acara kemuncak sempena ulang tahun ini akan dianjurkan pada 23 Mac - 3 April 2022 di Sunway Pyramid, Selangor. Aktiviti yang diadakan seperti rakaman rancangan realiti melibatkan personaliti-personaliti PUBG Mobile popular tanah air, pameran ulang tahun keempat PUBG Mobile dan beberapa permainan yang disediakan dengan kerjasama Xiaomi.

Jika anda seorang peminat PUBG Mobile, jangan lepaskan peluang untuk sertai acara istimewa ini dan bawa pulang hadiah menarik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook PUBG Mobile Malaysia.

Sumber: Siaran akhbar PUBG

Baca juga: