Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MT Dimensity

Prestasi Mirip SD 888? MediaTek Lancar Cip 5nm, Dimensity 8100 Dan 8000

Diterbitkan Mac 1, 2022 oleh Amsyar Latif

Seperti yang dijanjikan, MediaTek kini telah melancarkan cip pemprosesan terbaharu mereka menerusi Dimensity 8100 dan Dimensity 8000.

Sekiranya Dimensity 9000 merupakan pesaing buat segmen peranti berkelas andalan, dua cip baharu tersebut akan menguasakan peranti yang mempunyai spesifikasi tinggi.

Dimensity 8100 dan Dimensity 8000 berkongsikan ciri hampir sama dengan pemproses 5nm. Namun, perbezaannya terletak pada kelajuan CPU.

Masing-masing hadir dengan 4 teras Cortex-A78 dan 4 teras Cortex-A55. Dimensity 8100 lebih laju dengan kelajuan CPU 2.85GHz untuk Cortex-A78. Manakala Dimensity 8000 pula 2.75GHz.

Dimensity 8100 8000

Selain itu, Dimensity 8100 menyokong memori LPDDR5, storan UFS 3.1, GPU Mali-G610 MC6 dengan 20% lebih pantas berbanding Dimensity 8000, paparan FHD+ 168Hz atau WQHD+ 120Hz, kamera 200MP, Bluetooth 5.3 dan 5G.

Sementara Dimensity 8000 pun mirip juga dengan sokongan LPDDR5, UFS 3.1, Bluetooth 5.3, 5G, kamera 200MP, paparan FHD+ 168Hz dab GPU Mali-G610 MC6.

Dengan penawaran sebegitu, ia mungkin menjadi pencabar buat cip Snapdragon 888 seperti mana dilaporkan digital chat station.

Walau apa pun, kedua-dua cip tersebut bakal berada di pasaran dalam masa terdekat dan realme GT Neo3 antara terawal menerima cip janaan Dimensity 8100.

Sumber: MediaTek

Baca juga:

  • Elak Curi Elektrik, TNB Cadang Naikkan Tarif Khas Untuk Pelombong Bitcoin

  • Lenovo Legion Y700, Pencabar iPad Mini 6 Dengan Harga Bawah ~RM2000

  • Xiaomi Umum Teknologi ‘MagSafe’ Sendiri, Lebih Pantas Dan Lebih Sejuk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY