Jalur lebar tetap atau internet fiber memang sudah menjadi satu keperluan asas untuk isi rumah. Selain kelajuan internet jauh lebih pantas dengan tiada had kelajuan, ping lebih rendah dan paling penting tiada kuota.
Namun, bukan semua kawasan di Malaysia yang mempunyai sokongan internet fiber ini dan ada beberapa tempat yang masih menggunakan teknologi tembaga, bukan gentian optik.
Bagaimanapun, bagi anda yang tinggal di kawasan yang menyokong internet fiber, ini adalah senarai perbandingan harga mengikut syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) di Malaysia.
unifi
TM unifi merupakan asas kepada mana-mana internet fiber di Malaysia. Kebiasaannya, jika kawasan perumahan anda menyokong unifi, makanya syarikat telekomunikasi (telco) lain juga secara tidak langsung wujud memandangkan mereka berkongsi infra yang sama.
Unifi mempunyai harga pelan yang agak tinggi berbanding pesaingnya yang lain tetapi di bawah pelannya hadir dengan pakej unifi TV, iaitu pelbagai saluran premium ditawarkan buat pengguna.
Klik INI untuk maklumat lanjut.
Maxis
Bagi yang tak berminat langsung dengan unifi TV, mereka cenderung memilih Maxis kerana harga pelan yang ditawarkan agak menarik.
Ini kerana penawarannya mirip dengan unifi seperti diberikan router Wi-Fi 6 untuk pelan 300Mbps dan ke atas serta memiliki peranti lain seperti TV dan sebagainya.
Klik INI untuk maklumat lanjut.
Digi
Digi fiber mungkin kurang popular berbanding Maxis dan unifi. Namun, ia masih menawarkan pelan menarik buat pelanggannya. Lebih-lebih lagi jika anda sudah melanggan pelan pascabayar Digi kerana potongan harga lebih banyak.
Sebagai contoh, jika anda melanggan Digi Fibre 150, terdapat tawaran terhad RM120 sebulan selama 2 tahun. Akan tetapi, bagi pelanggan pascabayar Digi 90/120/150 (pelan 2021), anda mendapat potongan RM30 lagi. Bermakna, pelan 300Mbps hanya bernilai RM100 sebulan.
Klik INI untuk maklumat lanjut.
Celcom
Mirip Digi, Celcom pun mempunyai penawaran buat penggunanya. Pelan ini dipanggil Celcom MAX yang mana baru sahaja dilancarkan tahun lalu.
Celcom MAX secara asasnya menggabungkan bil internet fiber dan internet mudah alih dalam satu bil. Oleh itu, bagi anda pelanggan setia Celcom, mungkin agak sesuai buat anda.
Klik INI untuk maklumat lanjut.
U Mobile
Buat anda pelanggan U Mobile, mungkin anda sering mengeluh kerana sering mengalami ketiadaan liputan atau internet tidak pantas.
Akan tetapi, jangan keliru kerana internet fiber bukan begitu. Internet jalur lebar tetap ini tiada kuota dan tidak ada kaitan seperti mana internet mudah alih anda.
Meskipun harga U Mobile fiber amat murah, tetapi harga tersebut perlu dipadankan dengan pelan Unlimited HERO mereka.
U Mobile mempunyai tiga kelajuan yang boleh dipilih, bermula 100Mbps dengan harga RM64.50 sebulan sehingga RM149.50 untuk 1Gbps sebulan.
Klik INI untuk maklumat lanjut.
Time
Jika ISP lain memberikan pelan harga amat murah, tetapi ia memerlukan anda melanggan pelan pascabayar mereka.
Namun, Time tidak seperti itu kerana kelajuan 100Mbps hanya bernilai RM99 sahaja sebulan ditambah lagi dengan percuma bagi bulan pertama.
Kekurangan Time hanyalah satu kerana ia terhad di beberapa kawasan sahaja. Malah, kawasan perumahan seperti kondominium atau pangsapuri sahaja yang mempunyainya.
Klik INI untuk maklumat lanjut.
allo
Buat pengetahuan, allo technology merupakan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pelan internet fiber yang ditawarkan juga murah seperti mana Time.
Namun, mirip ‘kawannya’ Time, tidak semua tempat hadir dengan sokongan allo fiber.
Klik INI untuk maklumat lanjut.
Berapa Kelajuan Internet Yang Saya Perlukan?
Persoalan ini sering ditanya oleh mana-mana yang mahu melanggan internet fiber di rumah. Sebenarnya, kelajuan ini mengikut keperluan masing-masing.
Sekiranya isi rumah tidak melebihi 4 orang, 30Mbps atau 50Mbps sudah mencukupi. Jika ada pelan menarik dan duit lebih, 100Mbps boleh dikatakan sweet spot.
Untuk isi rumah yang ramai dan anda memang bergantung dengan internet kerana adanya android box bagi menikmati Netflix atau mahu gaming dan sebagainya, kelajuan internet 300Mbps lebih elok. Malah, 300Mbps sering menjadi pilihan pengguna kerana kelajuannya tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju serta mahal.
Oleh itu, pelan yang melebihi 500Mbps ini hanya sesuai buat golongan yang mempunyai peranti IoT atau kita panggil peranti yang ‘dahagakan’ sambungan internet.
Namun, jika anda mempunyai lebihan wang, tiada masalah untuk melanggan pelan sehingga 1Gbps.
Tambahan lagi, apabila anda sudah melanggan kelajuan internet fiber yang laju, pastikan anda memiliki router Wi-Fi 6 yang berkualiti agar ia dapat menampung kelajuan yang hampir sama pada mana-mana tempat di rumah anda.
Semoga perkongsian ini memudahkan anda untuk membuat pemilihan ISP mana yang sesuai untuk dilanggan. Oleh itu, pastikan terlebih dahulu kawasan perumahan anda mempunyai sokongan internet fiber.
Baca juga: