Kris Marszalek, pengasas dan CEO Crypto.com, dilapor membeli domain AI.com dengan bayaran tunggal bernilai $70 juta (~RM275.4 juta), menjadikannya antara transaksi domain paling mahal yang pernah diumumkan.
Lebih menarik, domain bernilai tinggi ini dijual oleh anak Malaysia, Arsyan Ismail. Perkara ini didedahkan oleh broker domain Larry Fischer dari GetYourDomain, yang menyifatkan transaksi itu sebagai urus niaga nama domain terbesar pernah diselesaikan, lebih dua kali ganda rekod terdahulu yang dicatatkan oleh Voice.com.

Sementara itu, laporan Financial Times menyatakan pembelian domain tersebut dilakukan sepenuhnya menggunakan mata wang kripto (cryptocurrency).
Sejak memperoleh domain AI.com pada 2025, Marszalek berkata beliau telah menubuhkan pasukan khas untuk membangunkan platform kecerdasan buatan (AI) dengan ejen AI autonomi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan kedatangan Artificial General Intelligence (AGI).
Dengan ejen ini, pengguna boleh menghantar mesej, menggunakan aplikasi, mengurus tugasan serta berdagang saham secara automatik. Platform ini kini telah pun dilancarkan dalam versi beta dan boleh diakses oleh pengguna, dengan Marszalek menekankan bahawa ia akan sentiasa diperbaiki dan dikemas kini mengikut maklum balas pengguna.
I purchased https://t.co/ac2AqjBNxj in April. Since that time, we created a team that has been steadily building. There are always twists and turns, but I’m excited with our first launch this Sunday during the Super Bowl. pic.twitter.com/BbqVo1bQLZ
— Kris | ai.com (@kris) February 6, 2026
Mengenai Arsyan Ismail, laporan Amanz menyebut beliau sebelum ini juga menjadi individu pertama di Malaysia yang memiliki Acer Predator 21X pada harga RM39,999.
{suggest}
