Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alienware Area-51 Desktop Hero 1

Alienware Area-51 Kembali, Gaming Desktop Berprestasi Tinggi Berharga RM34,269

Diterbitkan Februari 4, 2026 oleh ariff bukhari

Alienware sekali lagi mengangkat standard dunia PC gaming dengan pelancaran Area-51 Desktop yang kini hadir bersama pemproses AMD Ryzen™ 9000 Series.

Sejak akhir 1990-an, Area-51 dikenali sebagai flagship gaming desktop yang menyatukan reka bentuk unik dengan perkakasan prestasi tertinggi.

Menerusi generasi baharu ini, ia dibina semula dari asas dengan fokus kepada ciri penyejukkan dan prestasi.

Alienware Area-51 Desktop 360mm Airflow 1

Hasilnya, sistem Alienware Area-51 baharu ini 13% lebih sejuk, 45% lebih senyap, dan 25% lebih aliran udara berbanding model terdahulu.

Desktop penuh bersaiz 80.5 liter ini menyokong penyejukkan cecair sehingga 420mm pada CPU AMD Ryzen™ 7 9850X3D.

image002 (1)
Area-51 direka bentuk dengan pintu kaca bertutup keluli serta tersedia dengan kod QR dalam kerangka bagi memudahkan pengguna melakukan naik taraf perkakasan sendiri.

Tersedia menyokong saiz GPU gergasi sehingga 450mm panjang, ia didatangkan dengan NVIDIA® GeForce RTX™ 5070 12GB GDDR7, storan SSD 1TB NVMe M.2 PCIe Gen5 serta RAM 32GB Dual Channel DDR5 XMP (2x 16GB – Black) 6400 MT/s.

Alienware Area-51 kini sudah pun tersedia di Malaysia dengan harga bermula RM34,269.00.

Beli Alienware Area-51 dari stor rasmi di Dell Malaysia.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Hypershell X Ultra Dilancar, Eksoskeleton Ringan Berharga RM8,999
  • Konsol, Aksesori Dan Judul Permainan PS5 Terima Diskaun Sehingga 70%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
©2026 WISER.MY