Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Data AI 200MW Berskala Besar Mesra Alam Akan Dibina Di Cyberjaya

Pusat Data AI 200MW Berskala Besar Mesra Alam Akan Dibina Di Cyberjaya

Diterbitkan Februari 5, 2026 ยท Dikemas kini Februari 8, 2026 oleh ariff bukhari

Sebuah pusat data AI berskala besar baharu yang akan dibangunkan oleh AIMS Data Centre di Cyberjaya memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau.

Syarikat ini baru sahaja memperoleh tanah seluas 10 ekar daripada Cyberview Sdn Bhd untuk membangunkan pusat data berkapasiti 200MW dengan pelaburan sekitar RM4 bilion.

Projek ini dijangka siap pada tahun 2027 dan direka dengan teknologi cekap tenaga serta mesra alam, sejajar dengan komitmen kelestarian AIMS.

Pusat Data AI 200MW Berskala Besar Mesra Alam Akan Dibina Di Cyberjaya

Pusat data ini akan membuka peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan, dan menarik syarikat global dalam bidang awan, fintech serta kecerdasan buatan.

Usaha AIMS turut dipuji Menteri Digital, Gobind Singh Deo, dalam menyediakan infrastruktur bertaraf dunia yang mampu meningkatkan daya saing negara. Projek ini mendapat sokongan penuh daripada agensi kerajaan seperti MDEC, MIDA dan Invest Selangor, sekali gus memastikan kelancaran pelaksanaan.

AIMS memaklumkan, sejak kemasukan DigitalBridge pada 2023, mereka telah melabur lebih RM2 bilion dalam infrastruktur digital Malaysia, termasuk kejayaan menyiapkan Cyberjaya Block 3 yang menambah kapasiti lebih 100MW di Lembah Klang.

Berkaitan

  • SNS Network Dan NVIDIA Pilih Cyberjaya Untuk Kilang AI Pertama Di Malaysia
  • Pusat Data Ke-4 Vantage Di Cyberjaya Hampir Sifar Penggunaan Air
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY