Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD X Anthropic

AMD Akan Labur Sehingga AS$5 Bilion Dalam Anthropic, Perkukuh Kerjasama Infrastruktur AI

Diterbitkan Julai 23, 2026 · Dikemas kini Julai 23, 2026 oleh Amalina Athman

AMD dan Anthropic mengumumkan kerjasama strategik yang menyaksikan syarikat pembangun Claude itu akan menggunakan sehingga 2 gigawatt GPU AMD Instinct MI450 Series dalam platform AMD Helios. Pelaksanaan pertama berskala 1 gigawatt dijadualkan bermula pada separuh pertama 2027.

Melalui kerjasama ini, Anthropic akan menggunakan penyelesaian AMD Helios yang menggabungkan GPU Instinct MI455X, pemproses AMD EPYC “Venice”, rangkaian AMD Pensando serta perisian ROCm. Infrastruktur tersebut direka untuk menyokong latihan dan inferens model AI berskala besar, selain meneruskan penggunaan GPU AMD Instinct MI355X yang telah digunakan Anthropic sebelum ini.

Sebagai tambahan, kedua-dua syarikat turut memulakan kerjasama kejuruteraan jangka panjang bagi mengoptimumkan pembangunan perisian AMD. Claude akan digunakan untuk mengoptimumkan beban kerja pada GPU AMD Instinct serta mempercepat pembangunan platform perisian ROCm. Pada masa sama, AMD akan memperluaskan penggunaan Claude dalam pasukan kejuruteraan dan pembangunan produknya.

Selain itu, AMD turut mengumumkan komitmen untuk membuat pelaburan ekuiti strategik sehingga AS$5 bilion dalam Anthropic pada masa hadapan.

Kerjasama ini dilihat mengukuhkan lagi kedudukan AMD dalam pembangunan infrastruktur AI global, ketika permintaan terhadap kuasa pemprosesan untuk melatih dan menjalankan model AI terus meningkat.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Micron Umum Kerjasama Dengan Anthropic, Libatkan Bekalan Memori Dan Storan Untuk Infrastruktur AI
  • AMD Perkenal Versalâ„¢ Premium Gen 2, Memori LPDDR5X Lebih Stabil Berbanding Teknologi HBM
  • Anthropic Bincang Kerjasama Dengan Samsung Untuk Hasilkan Cip AI Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
©2026 WISER.MY