Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Micron Umum Kerjasama Dengan Anthropic, Libatkan Bekalan Memori Dan Storan Untuk Infrastruktur AI

Diterbitkan Jun 23, 2026 ยท Dikemas kini Jun 23, 2026 oleh Amalina Athman

Micron Technology mengumumkan kerjasama strategik dengan Anthropic yang merangkumi pembangunan teknologi memori dan storan kecerdasan buatan (AI), perjanjian bekalan, penggunaan Claude dalam operasi Micron serta pelaburan dalam pusingan pembiayaan Siri H Anthropic.

Di bawah perjanjian itu, Micron akan bekerjasama dengan Anthropic untuk mengkaji prestasi sistem memori dan storan merentasi pelbagai beban kerja AI, termasuk bagaimana komponen tersebut berinteraksi dengan keseluruhan seni bina infrastruktur AI. Hasil kerjasama itu dijangka membantu meningkatkan prestasi memori dan storan, serta kecekapan tenaga dan pemprosesan token dalam infrastruktur AI Anthropic.

Selain kerjasama teknikal, kedua-dua syarikat turut memeterai perjanjian bekalan memori dan storan. Menurut Micron, perjanjian itu membolehkan syarikatnya menyokong keperluan Anthropic dalam jangka panjang apabila syarikat AI tersebut terus memperluaskan strategi pengkomputerannya.

Pengeluar cip memori itu turut memaklumkan model Claude telah digunakan secara dalaman untuk pengekodan serta pelbagai tugasan berasaskan ejen AI (agentic AI) dalam bidang kejuruteraan, pembuatan dan operasi perusahaan.Micron berkata penggunaan Claude telah membantu meningkatkan produktiviti dan inovasi, selain menjangkakan penggunaannya akan terus diperluaskan apabila keupayaan AI semakin berkembang.

Nilai kewangan bagi perjanjian bekalan itu serta pelaburan Micron dalam pusingan pembiayaan Siri H Anthropic tidak didedahkan.

Anthropic, syarikat di sebalik Claude, sebelum ini mengesahkan telah memfailkan permohonan sulit bagi penyenaraian awam permulaan (IPO) di Amerika Syarikat selepas berjaya mengumpulkan dana dalam pusingan Siri H yang menilai syarikat itu pada AS$96.5 bilion.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Micron Lancar SSD 245TB Terbesar Dunia, 84 Kali Lebih Baik Untuk Pusat Data AI
  • Akur Arahan 'Keselamatan Negara' AS, Anthropic Tutup Akses Model Fable 5 Dan Mythos 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY