Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Versal™ Premium Gen 2

AMD Perkenal Versal™ Premium Gen 2, Memori LPDDR5X Lebih Stabil Berbanding Teknologi HBM

Diterbitkan Jun 30, 2026 · Dikemas kini Jun 30, 2026 oleh ariff bukhari

AMD memperkenalkan Versal™ Premium Gen 2 Memory on Package (MoP), satu inovasi yang menggabungkan memori LPDDR5X sehingga 32GB terus ke dalam pakej SoC.

Dengan kelajuan sehingga 9,000Mb/s dan jalur lebar mencecah 288GB/s, teknologi ini bukan sahaja meningkatkan prestasi, malah mengurangkan penggunaan ruang papan sehingga 60%.

Ia direka untuk aplikasi kritikal seperti AI, rangkaian, aeroangkasa, pertahanan, penyuntingan video dan komunikasi selamat.

Keupayaan sambungan turut diperkukuh dengan sokongan CXL 3.1 dan PCIe 6.0 pada 64Gb/s, membolehkan integrasi pantas dengan CPU AMD EPYC.

Dari segi keselamatan, MoP dilengkapi dengan enkripsi DDR, PCIe Integrity and Data Encryption (IDE), serta enjin kripto 400G untuk pemprosesan data berkelajuan tinggi yang selamat.

Tambahan pula, ia dibina untuk ketahanan industri dengan julat operasi -40°C hingga 110°C, serta jaminan sokongan lebih 15 tahun, menjadikannya lebih stabil berbanding teknologi HBM yang sering berubah.

Dengan memori pra-divalidasi dalam pakej, masa pembangunan dapat dipendekkan, manakala keserasian dengan alatan AMD Vivado dan Vitis memudahkan pengguna sedia ada.

Sampel memori ini akan bermula hujung 2026, dengan penghantaran produksi dijangka pada separuh kedua 2027. 

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Krisis Memori Kini Melarat Ke RAM DDR2, Harga Melonjak 60%
  • Tiga Gergasi Semikonduktor Disaman, Didakwa Sengaja Rancang Naikkan Harga DRAM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY