Amazfit T-Rex Pro dilengkapi skrin bersaiz 1.3-inci AMOLED dengan resolusi HD (360 x 360) serta fungsi Always-on Display. Rekaan jam berbentuk bulat ini menggunakan bahan binaan berasaskan polycarbonate dengan tali silikon.
Secara keseluruhan, lebih 100 mod workout tersedia pada T-Rex Pro termasuk berjalan, berlari, berenang, berbasikal, aktiviti luar dan sebagainya. Ia juga mempunyai ketahanan kalis air sehingga 10 ATM.
Untuk ketahanan bateri, ia dimuatkan dengan kapasiti 390mAh yang boleh menjangkau sehingga 18 hari bagi penggunaan biasa.
T-Rex Pro turut dilengkapi sensor BioTracker PPG generasi kedua, di mana ia dapat memantau kadar denyutan jantung dengan lebih tepat. Antara lainnya adalah sokongan Bluetooth 5.0, GPS, dan sebagainya.
Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Meteorite Black, Desert Grey dan Steel Blue. Amazfit T-Rex Pro ditawarkan pada harga RM659 dan sudah boleh dipra-tempah bermula 24 Mac 2021, melalui Shopee.
Berkaitan
- Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad
- Harga Jualan Huawei Mate40 Pro Di Malaysia Adalah RM4299, Boleh Dibeli Mulai 12 Disember
- Elak Beli Alat Pengimbas Suhu Palsu, Semak Produk Berdaftar Melalui Portal Ini
- iPhone 16 Pro Dilapor Mempunyai Peluang Tipis Untuk Dimuatkan Butang 'Solid-State'
- Xiaomi Watch S3, Watch 2, Smart Band 8 Pro Turut Diumumkan
- iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Panel ProMotion 120Hz, Tiada Model Baharu iPhone SE Sehingga 2022
- Harga iPhone 14 Pro Mungkin Naik Sekitar RM400
- iPad Pro Tahun Hadapan Mungkin Hadir Dengan Sokongan 5G Dan mmWave
- Ura-Ura: iPhone 15 Pro Akan Dilengkapi Bezel Lebih Nipis Dengan Sisi Melengkung
- Siri realme 12 Pro 5G Dilancarkan Dengan 64MP Kamera Periskop