Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 pro solid state info

iPhone 16 Pro Dilapor Mempunyai Peluang Tipis Untuk Dimuatkan Butang ‘Solid-State’

Diterbitkan Julai 7, 2023 · Dikemas kini Julai 7, 2023 oleh Amalina Athman

iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini dilaporkan mempunyai peluang yang tipis untuk dilengkapi dengan butang mute dan kelantangan dari jenis solid-state.

Penganalisis yang berpangkalan di Hong Kong, Jeff Pu berkongsi jangkaan tersebut dalam nota penyelidikan bersama maklumat mengenai siri iPhone 15 sebelum ini.

Berkaitan

  • Model CAD iPhone 16 Pro Max Dilihat Hadir Dengan Skrin Lebih Besar
  • Ura-Ura: Lebih Besar, Mungkin Ini Kapasiti Bateri Siri iPhone 15
  • iPhone 15 Pro Max Dijangka Akan Lebih Mahal

Terdahulu, butang solid-state pada mulanya dikhabarkan untuk model iPhone 15 Pro, namun Apple dilaporkan menghadapi isu teknikal yang tidak dapat diselesaikan sebelum pengeluaran dan terpaksa kembali kepada butang mekanikal.

Pembekal Apple Cirrus Logic pada Mei turut mengeluarkan kenyataan yang merujuk kepada ketiadaan butang solid-state pada iPhone 15.

Sementara itu, Pu sebelum ini berkata butang solid-state akan ditangguhkan sehingga model iPhone 16 Pro, tetapi beliau kini menyatakan model itu juga berkemungkinan tidak akan dilengkapi dengan butang tersebut.

Bagaimanapun, mengambil kira masih ada lebih kurang setahun sebelum iPhone 16 Pro dilancarkan, rancangan Apple mungkin akan berubah.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY