Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro 5G

iPad Pro Tahun Hadapan Mungkin Hadir Dengan Sokongan 5G Dan mmWave

Diterbitkan November 27, 2020 · Dikemas kini November 27, 2020 oleh Amalina Athman

Laporan terbaru menyatakan model iPad Pro paling mahal, yang akan dilancarkan pada tahun hadapan mungkin dimuatkan dengan sokongan 5G serta mmWave.

Sebelum ini, Apple turut dikatakan dalam perancangan untuk melancarkan model iPad Pro 12.9 inci dengan paparan mini-LED pada tahun hadapan. Terdapat juga kemungkinan model 11 inci akan turut dimuatkan dengan paparan mini-LED. Buat masa ini, tiada perincian mengenai perkara tersebut.

Namun, memetik laporan, kejayaan Apple dalam membangunkan modul mmWave AiP (antenna in package) mereka sendiri untuk barisan iPhone tahun hadapan telah meningkatkan kemungkinan model iPad akan datang juga bakal menerima kelebihan ini. Menurut sumber,

“The self-sufficiency in design and development of AiP modules also means that Apple’s next-generation high-end ‌iPad‌ products to be released in 2021 may also come with mmWave technology.”

Walaupun tidak dinyatakan dengan spesifik, hampir pasti model tersebut adalah iPad Pro. Ini kerana, teknologi 5G mempunyai kos pengeluaran yang lebih tinggi.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY