Harga Jualan Huawei Mate40 Pro Di Malaysia Adalah RM4299, Boleh Dibeli Mulai 12 Disember

Siri Huawei Mate40 telahpun dilancarkan pada Oktober yang lalu. Terbaru, Huawei Malaysia secara rasmi telah mengumumkan penawaran Huawei Mate40 Pro berharga RM4299 untuk pasaran tempatan. Peranti ini akan mula dijual pada 12 Disember 2020.



Mengimbas spesifikasi, Mate40 Pro dilengkapi skrin OLED bersaiz 6.76 inci dengan resolusi FHD+, DCI-P3, HDR, 90Hz, dan input sentuhan 240Hz. Ia mempunyai sisi melengkung dengan 88 darjah Horizon Display dan dimuatkan dengan paparan dwi-kamera berlubang yang menempatkan lensa swafoto 13MP utama serta TOF 3D.

Peranti ini dijana cip pemprosesan 5nm Kirin 9000 5G dengan gandingan RAM 8GB dan 256GB storan dalaman berasaskan UFS 3.1.



Di bahagian kamera belakang pula dimuatkan dengan tetapan empat lensa yang terdiri daripada 50MP RYYB f/1.9 (utama), 20MP f/1.8 (sudut lebar Cine), 12MP 7x zum optikal dengan OIS (periskop) dan lensa TOF 3D.

Mate40 Pro mempunyai bateri berkapasiti 4,400mAh serta dikuasakan pengecasan pantas 66W dan tanpa wayar 50W.

harga Huawei Mate40 Pro

Pembelian Huawei Mate40 Pro berharga RM4,299 boleh dibuat mulai 10.08 pagi pada 12 Disember 2020. Huawei turut menyediakan hadiah percuma bernilai RM3,300 bagi pembelian terawal.

Antaranya termasuk Huawei Sound X, 50GB Cloud Storage selama 12 bulan, Member Center Reward, rebat Huawei AppGallery sebanyak 20% dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, layari Huawei Store.