Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro_2

Ura-Ura: iPhone 15 Pro Akan Dilengkapi Bezel Lebih Nipis Dengan Sisi Melengkung

Diterbitkan Januari 23, 2023 · Dikemas kini Januari 23, 2023 oleh Amalina Athman

Menurut ciapan peniris terkenal ShrimpApplePro di Twitter, iPhone 15 Pro dijangka akan dimuatkan bezel lebih nipis dengan sisi melengkung. Paparan masih rata, namun hanya bezel sahaja yang melengkung.

Berkaitan

  • Foxconn Dilapor Takkan Jadi Pembekal Eksklusif Untuk iPhone 15 Pro Dan 'Ultra'
  • Ura-Ura: Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Dijangka Hadir Pada iPhone 15 Pro
  • Sekali Lagi, iPhone 15 Pro Dikatakan Bakal Hadir Dengan Butang 'Solid-State'

Semua model dalam siri iPhone 15 dilapor akan mempunyai saiz paparan yang sama seperti siri iPhone 14, serta sisi melengkung. Selari dengan laporan sebelum ini, beliau turut menyatakan semua model dalam siri iPhone 15 dilengkapi ciri Dynamic Island, sekali gus bakal menamatkan paparan bertakuk.

Well I have the result for the display design of the iPhone 15 series.
– all iPhone 15 series will have the same display sizes as iPhone 14 series
– pro 15 will have thinner bezels with curve edges, display is still flat tho, only the bezels is curve

— ShrimpApplePro 🍤 ずっと真夜中でいいのに (@VNchocoTaco) January 21, 2023

Tambahnya, sumber menerangkan iPhone 15 Pro Max atau iPhone 15 Ultra sebagai “sangat cantik” dengan bezel lebih nipis dan sisi melengkung, yang kelihatan hampir sama seperti Apple Watch.

Apple Watch Series 8

Dalam pada itu, Shrimp menjangkakan CAD atau imej komputer siri iPhone 15 akan dapat dilihat bermula Mac atau April kelak. Sehingga itu, nantikan lebih banyak khabar mengenainya dari semasa ke semasa.

Sumber: ShrimpApplePro

Gambar utama: AppleHub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY