Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
amazfit t-rex

Amazfit T-Rex Dilancarkan – Jam Pintar Tahan Lasak Pada Harga Berpatutan

Diterbitkan Januari 9, 2020 ยท Dikemas kini Januari 9, 2020 oleh Meor Hasyim

Ia seakan jam tahan lasak G-Shock yang mempunyai fungsi sebuah jam pintar dengan harga yang rendah. Boleh kata pakej jugalah kan. Itulah apa yang cuba diketengahkan oleh Huami melalui produk terbaharu mereka iaitu Amazfit T-Rex.

Amazfit T-Rex Dilancarkan – Jam Pintar Tahan Lasak Pada Harga Berpatutan

Mengambil inspirasi dari model popular G-Shock seperti GA-110, Amazfit T-Rex mempunyai pengiktirafan tahan lasak MIL-STD-810G. Jam ini juga kalis air sehingga 50m dan boleh dibawa bersama ketika berenang. Bezel di sekeliling skrin juga dinaikkan sedikit untuk melindungi paparan yang dilindungi dengan kaca Gorilla Glass 3 dan lapisan anti-cap jari.

Untuk skrin jam, ia berukuran 1.3 inci AMOLED dengan resolusi 360 x 360 pixel. Jam ini kurang sesuai untuk dipakai pada tangan yang kecil memandangkan saiz kerangka agak besar pada 47mm. Untuk tali jam, ia menggunakan 22mm silikon dan boleh diregang.

Amazfit T-Rex Dilancarkan – Jam Pintar Tahan Lasak Pada Harga Berpatutan

Amazfit menggunakan perisian mereka sendiri untuk T-Rex, bukannya Wear OS dari Google. Bateri jam adalah bersaiz 390mAh dengan ketahanan bateri sehingga 20 hari untuk penggunaan bersama-sama telefon. Manakala jika tanpa menyambungkannya kepada telefon, ia mampu bertahan sehingga 66 hari.

Untuk mengecas, Huami menyertakan fungsi magnet melalui 2 pin pogo. Selain itu, ia juga menyokong Bluetooth 5.0 dan juga dwi-GPS. Melalui penggunaan GPS yang berterusan, ia hanya mampu bertahan selama 20 jam sahaja.

Terdapat 5 pilihan warna jam – Gun Grey, Rock Black, Camo Green, Khaki, dan Army Green.

amazfit t-rex

Di China, Amazfit T-Rex dijual pada harga CNY 799 (~RM470).

Sumber: Amazfit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY