Xiaomi Watch S3, Watch 2, Smart Band 8 Pro Turut Diumumkan

Bersama pelancaran global siri Xiaomi 14, Xiaomi turut mengumumkan pelbagai peranti boleh pakai terbaharunya. Ia termasuk Xiaomi Smart Band 8 Pro, Xiaomi Watch S3 dan Xiaomi Watch 2.

{suggest}

Xiaomi Smart Band 8 Pro




Xiaomi Smart Band 8 Pro dilengkapi skrin AMOLED 1.74-inci dengan resolusi 336×480, kadar segar semula 60Hz serta perlindungan panel Corning Gorilla Glass Victus.

Peranti boleh pakai ini menawarkan lebih 200 muka jam, 150 mod sukan, 10 course larian serta ciri pemantauan kesihatan yang ditambah baik.

Xiaomi Smart Band 8 Pro mempunyai bateri 289mAh dengan tipikal penggunaan boleh mencecah sehingga 14 hari.



Selain itu, Xiaomi Smart Band 8 Pro mempunyai sokongan GNSS terbina, pembantu suara Alexa, kalis air 5ATM serta menjalankan Xiaomi HyperOS.

Dua pilihan warna tersedia iaitu Black dan Silver dengan pelbagai jenis tali dan warna. Bagi membolehkan tali jam mudah ditukar ganti, ia mempunyai tali yang mudah dibuka pada kedua-dua bahagian.

Xiaomi Smart Band 8 Pro dijual pada harga bermula EUR 69 (~RM356).

Xiaomi Watch S3




Xiaomi Watch S3 menampilkan rekaan bingkai aloi titanium dengan paparan berbentuk bulat bersaiz 1.43-inci AMOLED serta kecerahan 600 nit. Ia mempunyai bezel dan tali yang boleh ditukar ganti.

Jam tangan ini juga menyokong kekunci auto potret, sebagai tambahan kepada lebih 180 muka jam.

Untuk jangka hayat bateri, ia mampu bertahan sehingga 15 hari dengan sekali pengecasan penuh.

Xiaomi Watch S3 mempunyai lebih 150 mod sukan termasuk mod sukan musim sejuk serta 10 kursus larian pada tahap yang berbeza.

Jam ini juga menawarkan keupayaan pemantauan kesihatan, dengan modul pemantauan denyutan jantung 12 saluran yang mengukur kadar denyutan jantung dengan lebih tepat berbanding peranti generasi sebelumnya.



Untuk pasaran Eropah, Xiaomi Watch S3 diletakkan pada tanda harga bermula EUR 149 (~RM770).

Xiaomi Watch 2


Bagi memberikan pilihan mengikut kesesuaian pengguna, Xiaomi turut memperkenalkan Xiaomi Watch 2 yang menjalankan Google Wear OS.



Xiaomi Watch 2 membawakan binaan bingkai aloi aluminium dengan paparan AMOLED berukuran 1.43-inci.

Watch 2 menampilkan 5 daripada aplikasi yang paling biasa digunakan dan menyokong lebih 200 aplikasi pihak ketiga. Bagi memastikan prestasi yang pantas dan cekap, Xiaomi Watch 2 dikuasakan oleh platform Snapdragon W5+Gen 1 serta dimuatkan 32GB storan.

Xiaomi Watch 2 dilengkapi ciri kawalan kamera yang membolehkan pengguna melihat preview secara langsung daripada jam. Sebagai tambahan, ia menyokong lebih 160 mod sukan serta L1+L5 GNSS.



Jam pintar ini juga menawarkan naik taraf ciri pemantauan kesihatan - termasuk sensor modul pemantauan degupan jantung 12 saluran serta algoritma pemantauan tidur yang dipertingkatkan.

Dengan bateri 495mAh, ia mampu bertahan sehingga 65 jam bagi penggunaan biasa. Xiaomi Watch 2 tersedia dengan pilihan warna Black dan Silver pada harga bermula EUR 199 (~RM1028).