Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 Pro 120Hz

iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Panel ProMotion 120Hz, Tiada Model Baharu iPhone SE Sehingga 2022

Diterbitkan Oktober 3, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 3, 2020 oleh Amalina Athman

Apple belum lagi melancarkan iPhone 12, namun kini timbul pula perkhabaran mengenai iPhone 13 atau model baharu iPhone yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Penganalisis Ross Young telah berkongsikan beberapa informasi daripada Mizuho Securities mengenai iPhone 2021. Spekulasi mengatakan kesemua model iPhone 13 akan dilengkapi dengan teknologi panel integrasi sentuhan OLED.

Bagi yang belum tahu, panel integrasi sentuhan OLED merupakan varian kepada paparan OLED. Untuk varian konvensional, ia mempunyai sensor sentuhan filem pada bahagian atas panel.

Sementara, varian integrasi pula mempunyai sensor sentuhan yang terbina pada panel. Ianya juga adalah lebih nipis berbanding paparan OLED konvensional.

Bagi model iPhone 13 Pro, ia dikatakan akan dilengkapi teknologi panel ProMotion dengan kadar segar semula 120Hz. Ini berikutan, pelbagai laporan yang berpendapat tiada paparan 120Hz yang akan ditawarkan pada iPhone sehingga 2021.

iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Panel ProMotion 120Hz, Tiada Model Baharu iPhone SE Sehingga 2022

Most important development on the iPhone 13 models from my perspective will be ProMotion with variable refresh rates through LTPO adoption on the Pro models.

— Ross Young (@DSCCRoss) October 2, 2020

Selain itu, iPhone 13 dan iPhone 13 mini dijangka akan dimuatkan dengan sensor kamera yang sama terdapat pada iPhone 12 Pro Max , sementara saiz sensor bagi kedua-dua model Pro akan dipertingkatkan.

Dalam pada itu, Young turut menyatakan, tiada model baharu iPhone SE yang akan dilancarkan sehingga musim bunga 2022.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY