Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad

Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad

Diterbitkan Mei 9, 2023 · Dikemas kini Mei 9, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan ketibaan Final Cut Pro dan Logic Pro untuk iPad. Kedua-duanya akan tersedia melalui langganan di App Store, bermula 24 Mei 2023.

Berkaitan

  • iPad Pro Baharu Dan iPad Gen-10 Kini Tersedia Untuk Pasaran Malaysia
  • Cara Menghantar Gambar Dan Video Berkualiti Penuh Daripada iPhone Melalui Whatsapp

Kata Apple, aplikasi suntingan video dan muzik ini disertakan dengan peningkatan khusus untuk iPad.

Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad

Sebagai contoh, Final Cut Pro dan Logic Pro menampilkan antara muka sentuh serba baharu dengan kelebihan Multi-Touch pada ‌iPad‌.

Final Cut Pro for iPad introduces a powerful set of tools for video creators to record, edit, finish, and share, all from one portable device. Logic Pro for iPad puts the power of professional music creation in the hands of the creator — no matter where they are — with a complete collection of sophisticated tools for songwriting, beat making, recording, editing, and mixing.

Final Cut Pro untuk iPad

Antara ciri yang terdapat pada Final Cut Pro termasuk Live Drawing, yang membolehkan pengguna melukis dan menulis secara terus pada kandungan video menggunakan Apple Pencil. Aliran kerja boleh dilakukan dengan pantas melalui sokongan Magic Keyboard atau Smart Keyboard Folio.

Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad
Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad
Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad

Untuk proses import dan eksport, editor boleh mengimport media yang disokong daripada Files atau Photos, dan menyimpannya terus di dalam projek Final Cut Pro. Selain itu, Final Cut Pro untuk iPad juga menyokong keupayaan untuk mengimport projek yang dibuat dalam iMovie untuk iOS dan pengguna iPad boleh mengeksport projek Final Cut Pro mereka ke Mac.

Logic Pro untuk iPad

Logic Pro untuk iPad dilengkapi dengan beberapa ciri mesra sentuhan yang sama, membolehkan pengguna memanfaatkan Multi-Touch untuk memainkan instrumen perisian dan berinteraksi dengan kawalan, serta menavigasi projek yang kompleks dengan pinch untuk zum dan swipe untuk tatal.

Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad
Sound Browser
Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad
Instrumen
Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad

Antara lainnya, Logic Pro mempunyai Sound Browser yang menggunakan “penapisan dinamik” untuk membantu pencipta muzik menemui pelbagai jenis bunyi yang berbeza, dengan pilihan untuk tampalan instrumen dan audio, plug-in preset, sampel dan sebagainya.

Terdapat juga ciri seperti Beat Breaker, Quick Sampler, Step Sequencer dan lain-lain. Aplikasi ini turut menyokong Apple Pencil dan membolehkan pengguna membuka projek yang dibuat dalam GarageBand.

Final Cut Pro dan Logic Pro untuk iPad akan tersedia pada harga langganan RM22.90/bulan dan RM199/setahun, dengan tempoh percubaan percuma selama sebulan.

Perlu diketahui, kedua-dua aplikasi ini hanya menyokong iPad Pro 11-inci (generasi ke-4 atau lebih baharu) atau iPad Pro 12.9-inci (generasi ke-6 atau lebih baharu) dan Apple Pencil (generasi ke-2). Maklumat selanjutnya boleh dirujuk melalui apple.com/final-cut-pro-for-ipad dan apple.com/logic-pro-for-ipad.

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY