Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akibat Vandalisme, Sebuah Lagi Menara Komunikasi Rosak

Akibat Vandalisme, Sebuah Lagi Menara Komunikasi Rosak

Diterbitkan September 8, 2023 · Dikemas kini September 8, 2023 oleh Amalina Athman

Akibat perbuatan vandalisme, sebuah lagi menara komunikasi rosak di Kg. Rambai Sebunga, Pekan, Pahang.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan ia merupakan kejadian vandalisme kedua yang diterima dalam tempoh kurang sebulan, di daerah yang sama.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Gangguan Rangkaian 4G Celcom, Digi Dan Maxis Di Kg. Gasak Chini Kerana Vandalisme
  • MCMC Keluarkan Notis Kepada 4 Syarikat Telekomunikasi
  • Ini Mungkin Sebabnya Peratus Pengguna 5G Di Malaysia Masih Rendah

MCMC menyatakan pihaknya mendapati peralatan elektronik di menara berkenaan telah mengalami kerosakan teruk serta menyebabkan semua peralatan tidak boleh digunakan dan perlu diganti baharu.

Akibat Vandalisme, Sebuah Lagi Menara Komunikasi Rosak
Akibat Vandalisme, Sebuah Lagi Menara Komunikasi Rosak
Akibat Vandalisme, Sebuah Lagi Menara Komunikasi Rosak

Antara perkhidmatan telekomunikasi yang terjejas temasuk Celcom, Digi dan Maxis. Gangguan perkhidmatan turut melibatkan dua lagi menara CelcomDigi lain yang dirangkaikan melalui menara itu, di lokasi seperti berikut:

  • Kg. Belimbing
  • Tasek Chini, Pekan

Bagi perkhidmatan U Mobile, ia telah berjaya dibaik pulih secara interim semalam. Sebagai langkah penyelesaian sementara, pihak CelcomDigi akan mengaktifkan menara-menara berkenaan secara berperingkat bermula dengan menara Tasek Chini yang dijangka akan mula beroperasi semula pada 9 September 2023, diikuti menara lain beberapa hari selepas itu.

Sementara itu, kerja baik pulih sepenuhnya dijangka selesai selewat-lewatnya pada 13 September 2023.

Peranan orang awam

Dalam pada itu, MCMC meminta orang awam untuk melaporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya ternampak sebarang aktiviti yang mencurigakan di mana-mana menara komunikasi.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY