Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pengguna 5G Malaysia_

Ini Mungkin Sebabnya Peratus Pengguna 5G Di Malaysia Masih Rendah

Diterbitkan September 8, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan liputan 5G di kawasan berpenduduk telah mencapai 68.8%, setakat 31 Ogos 2023.

Walaupun begitu, pengguna 5G di Malaysia mencatatkan rekod yang masih rendah, iaitu hanya sekitar 4.2%. Persoalannya, mengapa penerimagunaan 5G begitu rendah dalam kalangan rakyat Malaysia?

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • KKD Pantau Agihan 47,000 Unit Telefon Pintar Pakej 5G RAHMAH
  • Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Menyokong 5G Malaysia Setakat Ogos 2023
  • Pengguna Bakal Nikmati Harga Peranti 5G Lebih Murah

Antara sebabnya adalah harga telefon 5G yang masih mahal dan tidak mampu milik. Sebilangan pengguna memilih untuk mengekalkan telefon sedia ada dengan sokongan 4G, selagi mana perkhidmatan internet berfungsi dengan baik serta boleh digunakan untuk melayari internet dan platform media sosial.

Walaupun mempunyai peranti dengan sokongan rangkaian 5G, berkemungkinan terdapat halangan lain. Salah satu contoh, pelan pascabayar atau prabayar tiada sokongan 5G.

Selain itu, caj tambahan yang dikenakan terhadap pengguna bagi perkhidmatan 5G juga menjadi salah satu puncanya. Sudahlah perlu beli pelan internet, dikenakan pula caj tambahan untuk 5G.

Setakat ini, hanya Yes yang memasukkan sekali perkhidmatan 5G dalam pelan mereka tanpa caj tambahan.

Secara keseluruhannya, sesetengah pengguna mungkin berfikir belum ada keperluan untuk menggunakan 5G, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY