Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gangguan Rangkaian 4G Celcom, Digi Dan Maxis Di Kg. Gasak Chini Kerana Vandalisme

Gangguan Rangkaian 4G Celcom, Digi Dan Maxis Di Kg. Gasak Chini Kerana Vandalisme

Diterbitkan Ogos 19, 2023 oleh ariff bukhari

Akibat daripada perbuatan vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab, menara komunikasi di Kg. Gasak Chini di daerah Pekan, Pahang telah mengalami kerosakan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semasa tinjauan mereka mendapati, kerosakan melibatkan peralatan elektronik yang tidak boleh digunakan semula dan terpaksa diganti dengan yang baharu.

Akibat daripada kerosakan tersebut, perkhidmatan telekomunikasi seperti Celcom, Digi dan Maxis telah mengalami gangguan liputan perkhidmatan 4G memandangkan menara di Kg. Gasak merupakan menara collector dan Multi Operator Core Network (MOCN).

Gangguan Rangkaian 4G Celcom, Digi Dan Maxis Di Kg. Gasak Chini Kerana Vandalisme

Gangguan liputan ini turut memberi kesan kepada 8 lagi menara lain yang dirangkaikan melalui menara ini. 8 lokasi yang turut terjejas liputan telekomunikasi adalah seperti berikut:

  1. Pekan Chini
  2. Chini
  3. Kg Gemapai
  4. Ramo Chini 3
  5. Felda Chini Timur 1
  6. Felda Chini 5
  7. Chini Plantation
  8. Chini Timur 2

MCMC memaklumkan, kerja-kerja baik pulih akan mengambil masa berikutan kerosakan teruk kepada menara komunikasi Kg. Gasak.

Peralatan elektronik yang terpaksa diganti dengan yang baharu pula tertakluk kepada stok tersedia.

Ekoran itu, usaha-usaha sedang giat dijalankan oleh pihak CelcomDigi yang mencari penyelesaian jangka pendek dan interim dengan perkongsian bandwidth daripada gentian optik sedia ada di Pekan Chini.

Oleh kerana bandwidth yang terhad, hanya beberapa menara sahaja yang dijangka akan dapat dipulihkan untuk perkhidmatan sementara disediakan selewat-lewatnya hari Sabtu, 19 Ogos 2023.

Berkaitan

  • MCMC: Hormati Mangsa Tragedi, Elak Sebar Visual Insiden Pesawat Terhempas Di Elmina
  • JUPEM Lancar Aplikasi Untuk Mudahkan Pengguna Cari Arah Kiblat
  • MCMC Respon Terhadap Tindakan Sekatan Ke Atas TV Pertiwi

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY