Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirPods Pro 3

AirPods Dengan Kamera Mungkin Hampir Dilancarkan, Video Demo Ditemui Dalam macOS 26.7 RC

Diterbitkan Ogos 18, 2026 · Dikemas kini Ogos 18, 2026 oleh Amalina Athman

Apple nampaknya semakin hampir memperkenalkan AirPods yang dilengkapi kamera selepas sebuah video demonstrasi mengenai produk itu ditemui dalam macOS Tahoe 26.7 Release Candidate (RC).

Menurut laporan MacRumors, video itu menunjukkan seorang lelaki mengangkat sebuah buku supaya kamera pada AirPods dapat melihat tajuknya. Maklumat yang ditangkap oleh kamera itu kemudiannya digunakan bersama Visual Intelligence.

Here is your first look at AirPods with Cameras in action using Visual Intelligence.

This video file came from macOS 26.7 RC pic.twitter.com/yo7RI4MCeu

— Aaron (@aaronp613) August 18, 2026

Dalam demonstrasi tersebut, Visual Intelligence membolehkan AirPods mengenal pasti perkara dalam persekitaran pengguna dan menyimpannya untuk digunakan kemudian. Siri juga dikatakan boleh menjawab soalan berkaitan perkara yang berada di sekeliling pengguna serta mencatat maklumat berdasarkan apa yang dilihat.

Menariknya, sistem ini turut memberi amaran sekiranya AirPods terlindung oleh rambut, yang menyatakan “Untuk mendapatkan maklumat paling tepat tentang perkara dalam persekitaran anda, pastikan AirPods tidak terlindung”.

AirPods berkamera itu dikatakan menggunakan nama kod B790, yang sebelum ini turut disebut oleh Mark Gurman dari Bloomberg dalam laporan mengenai kemungkinan pelancaran produk itu seawal September.

Here are the camera AirPods https://t.co/AP4zBEIZ1l

— Mark Gurman (@markgurman) August 18, 2026

Video berkenaan pada asalnya dikongsi oleh Aaron, seorang penganalisis MacRumors, yang menemui fail tersebut dalam macOS Tahoe 26.7 RC. Siaran itu kemudiannya turut dikongsi semula oleh Mark Gurman.

As I've written in the past, these things aren't designed to take pictures. They are for analyzing your surroundings. https://t.co/r7IFNmsoE4 https://t.co/tjmS7w8tlJ

— Mark Gurman (@markgurman) August 18, 2026

Sekiranya jangkaan mengenai pelancaran seawal September itu tepat, AirPods berkamera ini berpotensi diperkenalkan dalam acara Apple yang biasanya memberi tumpuan kepada barisan iPhone baharu. Namun begitu, Apple masih belum mengesahkan tarikh acara tersebut.

Selain video demonstrasi itu, macOS Tahoe 26.7 turut mengandungi beberapa rujukan kepada produk dengan nama kod B790 dan beberapa produk Apple lain yang masih belum diumumkan.

Penemuan video ini memberikan petunjuk bahawa Apple sememangnya sedang membangunkan AirPods dengan kamera. Buat masa ini, bagaimanapun, masih belum ada pengesahan rasmi daripada Apple mengenai bila produk tersebut akan diperkenalkan.

Gambar utama: AirPods Pro 3

Berkaitan

  • Apple Mungkin Perkenal iPhone, AirPods, MacBook “Ultra”
  • Apple Perkenal AirPods Max 2 Pada Harga RM2,299
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY