Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Perkenal AirPods Max 2 Pada Harga RM2,299

Apple Perkenal AirPods Max 2 Pada Harga RM2,299

Diterbitkan Mac 17, 2026 · Dikemas kini Mac 17, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan AirPods Max 2, yang kini dilengkapi cip H2 bersama peningkatan pada pembatalan hingar aktif (ANC) dan kualiti bunyi.

Dengan cip H2, AirPods Max 2 dikatakan mampu menawarkan ANC sehingga 1.5 kali lebih berkesan berbanding generasi terdahulu, manakala mod Transparency kini kedengaran lebih semula jadi.

Apple Perkenal AirPods Max 2 Pada Harga RM2,299
Apple Perkenal AirPods Max 2 Pada Harga RM2,299

AirPods Max 2 menyokong beberapa ciri pintar baharu, termasuk Adaptive Audio yang menyesuaikan tahap ANC dan Transparency mengikut persekitaran secara automatik, Conversation Awareness yang mengurangkan kelantangan audio apabila bercakap dengan orang lain, serta Voice Isolation untuk menjadikan suara lebih jelas semasa panggilan.

Apple Perkenal AirPods Max 2 Pada Harga RM2,299

 

Model ini juga menampilkan ciri Live Translation, membolehkan terjemahan perbualan secara masa nyata apabila digunakan bersama peranti Apple yang serasi.

Apple Perkenal AirPods Max 2 Pada Harga RM2,299

Selain itu, AirPods Max 2 dilengkapi sokongan rakaman audio berkualiti studio dan kawalan kamera. Pengguna hanya perlu menekan Digital Crown untuk mengambil gambar atau merakam video menggunakan aplikasi Camera pada iPhone atau iPad, termasuk aplikasi kamera pihak ketiga yang serasi.

Headphones that are so much more than just headphones!

The new AirPods Max 2 have even better audio, even better ANC, and even better features like Adaptive Audio and Live Translation. pic.twitter.com/tXnOxPCLor

— Greg Joswiak (@gregjoz) March 16, 2026

Harga dan ketersediaan

Apple Perkenal AirPods Max 2 Pada Harga RM2,299

AirPods Max 2 ditawarkan dalam pilihan warna Midnight, Starlight, Orange, Purple dan Blue pada harga RM2,299. Buat masa ini, Apple masih belum mengumumkan ketersediaan AirPods Max 2 untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • iPhone 17e Kini Rasmi - Storan Bermula 256GB Pada Harga RM2,999
  • Apple Perkenal MacBook Air Dengan Cip M5 - Storan Asas 512GB, Harga Dari RM4,699
  • MacBook Neo Kini Rasmi - Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY