Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Mode Dalam Google Search Kini Papar Hasil Carian Visual

AI Mode Dalam Google Search Kini Papar Hasil Carian Visual

Diterbitkan Oktober 1, 2025 · Dikemas kini Oktober 1, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini menaik taraf ciri AI Mode untuk memberikan pengalaman carian yang lebih visual, terutamanya apabila mencari idea atau membeli-belah.

Jika sebelum ini jawapan hanya dalam bentuk teks, kini AI Mode boleh memaparkan hasil carian berbentuk visual berdasarkan penerangan ringkas atau rujukan umum yang diberikan.

Menariknya, pengguna juga boleh terus memperincikan penerangan dalam arahan (prompt) susulan bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dan relevan dengan keperluan.

AI Mode can help turn your ideas into a clear vision, and you can ask follow up questions to help refine your search. Each image result will have a link, so you can click out. And because the experience is multimodal, you can also start your search by uploading an image. pic.twitter.com/ZeazrQGg7j

— Google (@Google) September 30, 2025

Sebagai contoh, berbanding perlu menapis carian mengikut warna, saiz atau jenama, pengguna hanya perlu menceritakan apa yang dicari, seolah-olah sedang berbual dengan seorang rakan.

Pengguna juga boleh memulakan carian dengan memuat naik imej rujukan atau mengambil gambar bagi mendapatkan hasil visual yang seiras. Carian boleh diperhalusi dengan menggabungkan imej dan penerangan ringkas dalam satu masa.

AI Mode Dalam Google Search Kini Papar Hasil Carian Visual

Buat masa ini, ciri carian visual dalam AI Mode hanya dilancarkan dalam bahasa Inggeris untuk pengguna di Amerika Syarikat. Namun, ia dijangka akan diperluaskan ke lebih banyak negara dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • AI Mode Dalam Google Search Kini Tersedia Di 180 Negara
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Google Tambah Gemini AI Dalam Chrome
  • Google Perbaharui Play Store - Tab You, 'Guided Search', Gemini AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY