Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Mode Dalam Google Search Kini Tersedia Di 180 Negara

AI Mode Dalam Google Search Kini Tersedia Di 180 Negara

Diterbitkan Ogos 22, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 22, 2025 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, Google telah memperkenalkan ciri AI Mode dalam Search khusus untuk pengguna di Amerika Syarikat, United Kingdom dan India. Bermula hari ini, pengalaman carian berasaskan AI itu diperluaskan ke seluruh dunia, meliputi 180 negara dan wilayah dalam bahasa Inggeris.

AI Mode Dalam Google Search Kini Tersedia Di 180 Negara

Dengan AI Mode, pengguna boleh mengemukakan apa-apa pertanyaan dan mendapat respons yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI), dengan keupayaan untuk membuat carian yang terperinci melalui pertanyaan susulan dan pautan ke web yang berkaitan.

Di Amerika Syarikat, Google menambah beberapa keupayaan baharu pada AI Mode bagi memudahkan urusan harian.

Pelanggan Google AI Ultra kini boleh menggunakan AI Mode untuk mencari tempahan restoran dengan hanya memberikan butiran seperti tarikh, masa, lokasi, bilangan tetamu dan jenis makanan yang diingini.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/08/22100705/AIM_AgenticDiningRamen_1080x1080_withDisc_withMusic.mp4

Ciri ini juga akan diperluaskan tidak lama lagi untuk tempahan janji temu perkhidmatan dan pembelian tiket acara.

Google turut memperkenalkan jawapan AI Mode yang lebih peribadi untuk pengguna di AS yang menyertai eksperimen AI Mode dalam Labs. Ciri ini membolehkan AI Mode merujuk semula perbualan terdahulu serta tempat yang pernah dicari atau diklik pengguna bagi memberikan cadangan yang lebih relevan.

Selain itu, pengguna di AS juga boleh berkongsi hasil carian AI Mode melalui pautan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/08/22100720/AIM_Sharing_1920x1080.mp4

Dengan menekan butang “Share”, pautan perbualan boleh disalin dan dihantar kepada orang lain, membolehkan mereka meneruskan carian dari titik yang sama. Google memaklumkan bahawa pautan yang dikongsi boleh dilihat dan dipadam pada bila-bila masa.

Berkaitan

  • Google Search Kini Lebih Pintar Dengan 'AI Mode'
  • Masih Guna Google Macam Tahun 2015? Dah Tiba Masa Untuk Cuba AI Mode
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Google Tambah Ciri Baharu AI Mode Dalam Search

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY