Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aeon bank pf-i

AEON Bank Perkenal Pembiayaan Peribadi-i: Pinjaman Digital Patuh Syariah, Ini Cara Mohon

Diterbitkan Mac 14, 2025 oleh Amsyar Latif

AEON Bank (M) Berhad telah melancarkan Pembiayaan Peribadi-i (PF-i), satu produk pembiayaan patuh Syariah tanpa cagaran dan 100% digital. Ditawarkan kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 55 tahun dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke atas, PF-i menyediakan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM10,000 dengan tempoh pembayaran balik fleksibel sehingga 24 bulan.

Personal Financing-i_USP_BM

Dengan Kadar Keuntungan Rata 6.88% setahun, PF-i menjadi pilihan yang lebih menjimatkan dan mudah diakses.

Personal Financing-i_Application Steps_BM
cara mohon

Permohonan PF-i boleh dilakukan sepenuhnya dalam talian melalui aplikasi AEON Bank tanpa perlu menghantar dokumen fizikal atau mengunjungi cawangan.

Personal Financing-i_Docs_BM
dokumen yang diperlukan

Pemohon hanya perlu mempunyai Akaun Simpanan-i AEON Bank yang aktif, memenuhi syarat kelayakan pendapatan, serta memuat naik penyata KWSP atau penyata bank bagi mengesahkan status pekerjaan. Setelah permohonan diluluskan, dana akan dikreditkan terus ke Akaun Simpanan-i pemohon, dan bayaran balik dibuat secara auto-debit.

Sebagai tawaran istimewa, 500 pemohon terawal sebelum 31 Mac 2025 berpeluang menerima Mata Ganjaran AEON sehingga RM50, bergantung pada jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Pelancaran PF-i ini mengukuhkan komitmen AEON Bank dalam menyediakan penyelesaian kewangan digital yang inklusif, mudah diakses, dan patuh Syariah untuk membantu rakyat Malaysia mencapai kesejahteraan kewangan.

Berkaitan

  • GXBank Perkenal Dua Pelan Pinjaman Baharu
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • AEON Bank Perkenal MSP, Mampu Pantau Potensi Ancaman Dan Perisian Hasad
  • AEON Bank Neko Missions - Program Kesetiaan Berasaskan Gamifikasi Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY