Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AEON Bank

AEON Bank Perkenal MSP, Mampu Pantau Potensi Ancaman Dan Perisian Hasad

Diterbitkan Februari 18, 2025 · Dikemas kini Februari 18, 2025 oleh Amalina Athman

AEON Bank, bank digital Islam pertama di Malaysia, telah meningkatkan ciri keselamatan dengan memperkenalkan Mobile Security Platform (MSP), iaitu satu bentuk teknologi perlindungan terkini untuk aplikasi mudah alihnya.

Menurut AEON Bank, MSP berfungsi dengan memantau potensi ancaman dan perisian hasad, serta mengambil langkah proaktif bagi memastikan integriti aplikasi perbankan digital itu.

Jika sesebuah peranti dikesan telah terjejas – sama ada akibat dipecah sekat (jailbreaking), rooting, pengubahsuaian komponen perisian, manipulasi semasa operasi atau sebarang pengubahsuaian aplikasi daripada tetapan asal kilang yang memintas sekatan keselamatan – pengguna akan terus dimaklumkan dan akses kepada aplikasi AEON Bank akan dinyahaktifkan buat sementara waktu.

Langkah keselamatan ini dilaksanakan bagi mencegah kecurian data, pelanggaran keselamatan serta risiko akses tanpa kebenaran.

BM – AEON Bank MSP KV

Selain itu, ia turut menawarkan panduan penyelesaian yang membolehkan pelanggan mendapatkan semula akses dengan menghapuskan ancaman keselamatan yang dikesan atau melaraskan tetapan peranti, serta akses semula yang selamat.

Walaupun teknologi keselamatan terkini dilancarkan, AEON Bank masih menggalakkan pengguna untuk mengambil langkah seperti semak kebenaran aplikasi secara berkala, pantau penggunaan data serta periksa baki akaun dan penyata dengan kerap.

Berkaitan

  • AEON Bank Kini Rasmi - Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • GXBank Akan Kuat Kuasa Tempoh Bertenang 1 Jam Untuk Peningkatan Had Transaksi
  • Maybank Beri Amaran, Hati-Hati Jika Terima E-mel Daripada "Pihak Maybank2u"

Sumber: Siaran Media AEON Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY