Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aeon Bank

AEON Bank Neko Missions – Program Kesetiaan Berasaskan Gamifikasi Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Februari 21, 2025 ยท Dikemas kini Februari 21, 2025 oleh Amsyar Latif

AEON Bank memperkenalkan Neko Missions, program setem kesetiaan interaktif berasaskan gamifikasi pertama di Malaysia dalam sektor perbankan digital. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna dengan menjadikan transaksi harian lebih menyeronokkan sambil memberi ganjaran menarik.

Cara Kumpul & Tebus Ganjaran

Neko Mission – Step by Step_

Neko Paws โ€“ Setem maya yang dikumpul melalui aplikasi AEON Bank dengan menyertai Neko Missions.

DuitNow QR x Neko Missions (sehingga 31 Mac 2025) โ€“ Transaksi RM20 ke atas layak dapat 1 Neko Paw (maksimum 2 sehari). Set lengkap 10 Neko Paws boleh ditebus dengan 1,000 Mata AEON (bersamaan RM5).

Neko Missions x ZUS Coffee (sehingga 31 Mei 2025) โ€“ Gunakan Kad Debit-i AEON Bank untuk pembelian minimum RM7 di ZUS Coffee bagi mendapatkan 1 Neko Paw. 6 Neko Paws boleh ditebus melalui aplikasi ZUS Coffee.

Lebih Banyak Ganjaran Menanti

Neko Missions – Key Visual_

AEON Bank akan memperluaskan Neko Missions dengan lebih banyak rakan niaga seperti Tealive, Sisters Crispy Popiah, AEON Fantasy, dan myAEON2Go. Selain itu, pengguna juga boleh mengumpul Mata AEON melalui penggunaan Kad Debit-i Visa AEON Bank di kedai fizikal dan dalam talian.

AEON Bank terus komited dalam memperkasa ekonomi digital dengan menawarkan pengalaman perbankan lebih dinamik dan berbaloi. Untuk maklumat lanjut, layari aplikasi AEON Bank dan mula kumpul ganjaran hari ini.

Berkaitan

  • AEON Jepun Guna AI Untuk Pantau Senyuman Staf
  • AEON Bank Dan Universiti Malaya Jalin Kerjasama Pacu Industri-Akademik
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • AEON Bank Perkenal MSP, Mampu Pantau Potensi Ancaman Dan Perisian Hasad

Sumber: Siaran media AEON Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY