Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AEON Bank

AEON Bank Kini Rasmi – Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Mei 26, 2024 ยท Dikemas kini Mei 26, 2024 oleh Amalina Athman

AEON Bank secara rasmi hari ini melancarkan bank digital Islam pertama di Malaysia.

Berkaitan

  • AEON Bank Menjadi Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

CEO AEON Bank, Raja Teh Maimunah berkata bank itu menyasarkan untuk menawarkan penyelesaian perbankan digital patuh syariah yang selamat, mudah dan inklusif kepada pengguna.

Pada masa ini, AEON Bank menawarkan perkhidmatan produk perbankan digital peribadi seperti Akaun Simpanan-i (Savings Account-i) dan Savings Pot dengan ciri pengoptimuman yang boleh disuaikan, pengurusan bajet serta banyak lagi ciri menarik pada masa akan datang.

Pengguna yang mengaktifkan akaun boleh terus mengakses Kad Debit-i AEON Bank x Visa secara maya dan juga boleh memohon Kad Debit-i fizikal.

AEON Bank_2

Eksklusif sepanjang tempoh kempen pelancaran, pelanggan AEON Bank yang mengaktifkan akaun layak menerima bonus pendaftaran 3,000 mata ganjaran AEON dan 3X mata ganjaran AEON dengan transaksi menggunakan AEON Bank x Visa Debit Card-i, selain kadar keuntungan sebanyak 3.88% setiap tahun.

Selain itu, pelanggan yang merupakan ahli Program Mata Ganjaran AEON boleh memautkan keahlian secara automatik dengan aplikasi AEON Bank. Mata ganjaran yang dikumpul kemudiannya boleh ditebus kepada wang tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun AEON Bank pelanggan.

Untuk pendaftaran, muat turun aplikasi AEON Bank di Apple App Store atau Google Play Store. Bagi mengetahui butiran lanjut, layari laman rasmi AEON Bank.

Sumber: Siaran Media AEON Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY