Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AEON Jepun Guna AI Untuk Pantau Senyuman Staf

AEON Jepun Guna AI Untuk Pantau Senyuman Staf

Diterbitkan Julai 23, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, South China Morning Post telah melaporkan yang rangkaian pasar raya Jepun, AEON telah menggunakan satu teknologi AI yang mampu mengukur tahap senyuman para pekerja mereka dan kemudian dipraktik serta diperbetulkan untuk kegunaan sewaktu berinteraksi dengan para pelanggan.

‘Mr. Smile‘ dibangunkan oleh syarikat teknologi Jepun, InstaVR dengan tujuan menilai lalu mempamerkan sikap seseorang pembantu kedai itu melalui 450 elemen yang terdiri daripada ekspresi muka, kadar volume suara dan nada menyapa.

Selain daripada menjadi sistem penilaian yang biasa, teknologi ini dipertingkat dengan penerapan skor supaya pekerja-pekerja mempunyai daya saing dalam melayan pelanggan.

Setakat ini, AEON telah mencuba sistem ini di lapan cawangan mereka yang mempunyai sebanyak 3,400 staf keseluruhannya dan mendapati kadar perkhidmatan mereka telah meningkat sebanyak 1.6 kali ganda dalam masa tiga bulan.

Featured Image – Wiser Article – 2024-07-23T145409.182

Walau bagaimanapun, penggunaan sistem AI tersebut telah mencetus kebimbangan sama ada ia mampu untuk mengoptimumkan polisi asal syarikat tersebut iaitu menyeragamkan senyuman kakitangan dan memuaskan hati pelanggan secara maksimum

Hal ini kerana gangguan yang berbentuk penggunaan bahasa kesat dan aduan yang berulang sering dilapor oleh para pekerja perkhidmatan pelanggan di Jepun, lebih tepat lagi sebanyak 30,000 pekerja telah melapor kejadian berkenaan berlaku ke atas diri mereka.

Strategi Mr. Smile ini juga dibandingkan oleh penduduk Jepun dengan polisi “Smile Zero Yen” oleh McDonald di Jepun yang mana ia tidak memerlukan satu sen pun untuk menyapa pelanggan dengan senyuman.

Berkaitan

  • Stor Google Play Akan Buang Aplikasi "Mengarut", Bermula 31 Ogos 2024 Ini
  • Generasi Ketiga 'Ray-Ban | Meta' Dilapor Akan Hadir Tahun 2025
  • WhatsApp Sedang Uji Ciri 'Username' Untuk Pengguna Web
  • Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang 'Cookies' Pihak Ketiga Dalam Chrome
  • YTL-Sea Sasar Lancar Bank Digital Hujung Tahun Ini

Sumber: South China Morning Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY