Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AEON Bank Dan Universiti Malaya Jalin Kerjasama Pacu Industri-Akademik

AEON Bank Dan Universiti Malaya Jalin Kerjasama Pacu Industri-Akademik

Diterbitkan Oktober 18, 2024 · Dikemas kini Oktober 18, 2024 oleh Rushsyafizal

AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islamik di Malaysia, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaya (UM) yang memacu ke arah  “Kolaborasi Industri-Akademik”. Perjanjian ini menandakan komitmen bersama untuk memperkukuhkan kerjasama antara industri dan akademik, melibatkan beberapa syarikat terkemuka lain seperti Calisto, China State Construction Engineering, dan Petron.

Majlis MoU yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur disaksikan Timbalan CEO AEON Bank, Tsutomu Kamagata, serta Timbalan Naib Canselor UM, YBrs. Prof. Ir. Dr. Ramesh Singh Kuldip Singh. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, YM Raja Teh Maimunah, kerjasama ini akan membuka peluang luas dalam bidang teknologi kewangan patuh Syariah dan inisiatif literasi kewangan untuk ribuan pelajar.

MoU ini merangkumi pelbagai aspek seperti:

  • Kolaborasi di dalam projek berteraskan teknologi, termasuk penyelesaian perbankan digital, serta menyokong penubuhan hab pementoran inovasi fintech.
  • Berkongsi kepakaran di dalam seni bina awan, analitik data, optimisasi AI/ML, dan program yang menambah baik pengalaman pelanggan dan pencegahan penipuan.
  • Mempromosikan nilai dan manfaat produk dan perkhidmatan perbankan digital patuh Syariah dalam kalangan pelajar, serta bengkel-bengkel pendidikan berkaitan fintech berhemah.
  • Mendorong penggunaan aplikasi perbankan digital menerusi promosi di kampus untuk membantu para pelajar membiasakan diri dengan penyelesaian kewangan berteknologi.
  • Menyediakan akses kepada latihan industri bagi para pelajar menerusi latihan amali, bengkel peningkatan kemahiran, serta program CSR.

Usaha ini diharap dapat memberi pelajar kemahiran yang relevan dalam dunia digital secara tidak langsung menjayakan kolaborasi antara industri dan akademik. Untuk maklumat lanjut, lawat laman web rasmi AEON Bank dan muat turun aplikasi AEON Bank menerusi AppStore dan Play Store.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • UM Jadi Universiti Awam Pertama Guna Wi-Fi 7 Berkuasa AI Di Malaysia
  • Pengguna iPhone 16 Lapor Isu Bateri Cepat Habis
  • China Siapkan Projek Lebuh Raya Tanpa Pemandu Sepenuhnya, Hanya Dron Dan Robot
  • Google Pixel 9 Pro Dah Boleh Dibeli Di Malaysia, Harga Bermula RM5,199

Sumber: Siaran media AEON

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY