Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Nitro

Acer Perkenal Siri ‘Laptop Gaming’ Nitro V Baharu Dengan Kuasa AI Untuk Semua

Diterbitkan Januari 7, 2025 oleh Amsyar Latif

Acer baru sahaja melancarkan siri baharu Nitro V, barisan komputer riba gaming yang mampu milik dengan teknologi AI. Direka untuk pelajar, pencipta kandungan, dan pemain kasual, siri ini menawarkan prestasi tinggi, visual yang lancar, dan storan luas untuk memenuhi keperluan aplikasi AI moden.

Komputer riba ini turut disertakan dengan akses PC Game Pass selama tiga bulan, yang membolehkan pengguna menikmati permainan popular seperti Call of Duty: Black Ops 6 dan Indiana Jones and the Great Circle.

acer nitro_1

Siri Nitro V hadir dalam pelbagai model, termasuk Nitro V 17 AI, Nitro V 16 AI, Nitro V 15 AI, Nitro V 15, dan Nitro V 14 AI. Setiap model dilengkapi pemproses berkuasa seperti AMD Ryzen AI 7 350 atau Intel Core 7 240H, serta kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 untuk visual lebih realistik.

Model-model ini menawarkan paparan berkualiti tinggi dengan kadar segar semula hingga 180Hz dan masa respons 3ms, menjadikannya ideal untuk gaming mahupun penciptaan kandungan.

acer nitro_2

Rekaannya juga menarik, dengan model Nitro V 14 menampilkan warna putih mutiara yang unik berbanding kebanyakan laptop gaming lain.

Ciri seperti NitroSense 5.0 memberikan pengguna kawalan penuh ke atas prestasi laptop, manakala teknologi PurifiedVoice dan PurifiedView yang dipacu AI memastikan pengalaman video dan audio lebih lancar.

Nitro V 17 AI menawarkan paparan sebesar 17.3 inci dengan resolusi hingga QHD dan dilengkapi memori hingga 32GB DDR5 serta storan hingga 2TB PCIe Gen 4 SSD.

acer nitro_3

Model Nitro V 16 AI pula menampilkan paparan 16 inci WQXGA dengan sokongan gamut warna SRGB 100%, manakala Nitro V 15 AI dan Nitro V 15 menawarkan pilihan pemproses AMD dan Intel dengan skrin 15.6 inci FHD. Bagi mereka yang mencari ‘laptop kompak’, Nitro V 14 AI dilengkapi skrin 14.5 inci WQXGA dan bateri tahan lama sehingga 76W.

Kesemua komputer riba ini akan mula dijual mengikut lokasi tertentu. Nitro V 17 AI akan tersedia di EMEA mulai Jun pada harga EUR1,299 (~RM6,081), manakala Nitro V 16 AI pula akan tiba pada Julai dengan harga yang sama.

Nitro V 15 AI boleh didapati di EMEA mulai Januari dengan harga bermula EUR849 (~RM3974), dan Nitro V 14 AI akan dijual di EMEA mulai April dengan harga EUR1,099 (~RM5,145). Bagi Nitro V 15, ia dijangka masuk ke pasaran Australia pada April dengan harga bermula AUD1,999 (~RM5,640).

Untuk spesifikasi penuh, anda boleh layari pautan INI.

Berkaitan

  • Acer Lancar Swift Go 14 AI Dengan Daya Tahan Bateri Sehingga 23 Jam
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Acer Nitro V 14 Dipratonton Untuk Pasaran Malaysia – Spesifikasi Menarik, Harga Masih Misteri
  • Acer Lancar Konsol Permainan Mudah Alih Dengan Saiz Skrin 11 Inci

Sumber: Siaran media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY