Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Lancar Konsol Permainan Mudah Alih Dengan Saiz Skrin 11 Inci

Acer Lancar Konsol Permainan Mudah Alih Dengan Saiz Skrin 11 Inci

Diterbitkan Januari 7, 2025 oleh Amsyar Latif

Acer hari ini melancarkan konsol permainan mudah alih terbaru mereka, Nitro Blaze 8 dan Nitro Blaze 11, yang direka untuk meningkatkan pengalaman permainan mudah alih dengan spesifikasi canggih dan ciri serbaguna. Dengan kuasa pemproses AMD Ryzen 7 8840HS, memori 16GB LPDDR5X, dan storan sehingga 2TB, kedua-dua model ini menawarkan prestasi pantas dan responsif untuk menyokong permainan moden.

Nitro Blaze 8 dan Nitro Blaze 11 dilengkapi skrin sentuh WQXGA (2560 x 1600) masing-masing bersaiz 8.8 inci dan 10.95 inci. Kedua-duanya menyokong teknologi Radeon Super Resolution dan AMD FidelityFX Super Resolution, memberikan visual yang lancar dan bingkai tear-free. Blaze 8 menyokong kadar segar semula 144Hz, manakala Blaze 11 menawarkan 120Hz dengan julat warna DCI-P3 hampir 100%.

Acer Lancar Konsol Permainan Mudah Alih Dengan Saiz Skrin 11 Inci
Acer Lancar Konsol Permainan Mudah Alih Dengan Saiz Skrin 11 Inci
Acer Lancar Konsol Permainan Mudah Alih Dengan Saiz Skrin 11 Inci

Kedua-dua peranti ini menyokong butang khas untuk aplikasi Acer Game Space bagi mengurus pustaka permainan dengan mudah. Peranti ini juga menawarkan pelbagai port seperti USB4 (40Gbps), Wi-Fi 6E, dan Bluetooth 5.3 untuk sambungan pantas. Nitro Blaze 11 turut dilengkapi dengan pengawal boleh tanggal dan sokongan berdiri terbina.

Pengawal Permainan Nitro Mobile

Selain konsol permainan mudah alih, Acer juga melancarkan Nitro Mobile Gaming Controller dengan reka bentuk lipat yang mudah dibawa. Pengawal ini serasi dengan peranti Android dan iOS serta menyokong pengecasan pantas 18W untuk sesi permainan tanpa gangguan.

Spesifikasi utama Nitro Blaze 8

  • Pemproses: AMD Ryzen 7 8840HS, 8 teras, sehingga 5.1 GHz.
  • Grafik: AMD Radeon 780M dengan seni bina RDNA 3.
  • Skrin: 8.8 inci WQXGA, 144Hz, 500 nits.
  • Memori & Storan: 16GB LPDDR5X dan storan PCIe Gen 4 NVMe hingga 2TB.
  • Audio: DTS:X Ultra Audio dan pembesar suara 2W berkembar.
  • Bateri: 55 Wh dengan pengecas 65W.
  • Berat: 720g.

Spesifikasi utama Nitro Blaze 11

  • Pemproses: AMD Ryzen 7 8840HS, 8 teras, sehingga 5.1 GHz.
  • Grafik: AMD Radeon 780M dengan RDNA 3.
  • Skrin: 10.95 inci WQXGA, 120Hz, 500 nits.
  • Memori & Storan: 16GB LPDDR5X dan storan PCIe Gen 4 NVMe hingga 2TB.
  • Audio & Tambahan: Termasuk kamera depan untuk panggilan video/penstriman.
  • Bateri: 55 Wh dengan pengecas 100W.
  • Berat: 1.05kg.

Harga dan Ketersediaan

  • Nitro Blaze 8: Bermula USD 899 (~RM4,045), dijual mulai Q2 2024.
  • Nitro Blaze 11: Bermula USD 1,099 (~RM4,945), dijual mulai Q2 2024.
  • Nitro Mobile Gaming Controller: Bermula USD 69.99 (~RM315), dijual mulai Q1 2024.

Buat masa sekarang, ia terhad untuk pasaran Amerika Utara dan Eropah sahaja. Belum diketahui lagi adakah ia masuk ke pasaran tempatan atau tidak.

Sumber: Siaran media ACER

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Acer Lancar Swift Go 14 AI Dengan Daya Tahan Bateri Sehingga 23 Jam
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Acer Malaysia Lancar mini PC Dan Dua Projektor Terbaharu, Harga Bermula RM2,049
  • Acer Nitro V 14 Dipratonton Untuk Pasaran Malaysia – Spesifikasi Menarik, Harga Masih Misteri

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY