Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (77)

Acer Nitro V 14 Dipratonton Untuk Pasaran Malaysia – Spesifikasi Menarik, Harga Masih Misteri

Diterbitkan Disember 17, 2024 oleh Rushsyafizal

Acer Malaysia memberikan gambaran awal mengenai Acer Nitro V 14, sebuah komputer riba gaming baharu yang diperkenalkan di IFA 2024 September lalu. Walaupun tiada maklumat tentang tarikh jualan atau harga rasmi, Acer mengesahkan hanya satu varian akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

WhatsApp Image 2024-12-17 at 5.37.11 PM

Varian tempatan Acer Nitro V 14 dikuasakan pemproses AMD Ryzen 7 8845HS bersama GPU NVIDIA GeForce RTX 4050 – konfigurasi tertinggi dalam siri ini.

WhatsApp Image 2024-12-17 at 5.37.10 PM

Komputer riba ini turut hadir dengan 16GB DDR5 RAM yang boleh dinaik taraf sehingga 64GB dan storan 1TB PCIe 4 SSD, lengkap dengan dua slot SSD untuk kapasiti tambahan dan masih mengekalkan ruangan HDMI.

Dari segi paparan, komputer riba ini menampilkan skrin QHD 16:10 dengan resolusi 2560 x 1600 serta kadar segar semula 120Hz. Ciri ini menjadikannya pilihan menarik untuk peminat gaming yang mahukan visual tajam dan lancar.

Seorang wakil Acer menyatakan pelancaran rasmi dijangka berlangsung dalam beberapa bulan akan datang, tetapi butiran lanjut termasuk harga jualan masih belum diumumkan.

Berkaitan

  • Saluran YouTube Jadi Sasaran Serangan Pancingan Data Perisian Hasad Windows
  • realme C75 Dengan Penarafan IP66/68/69 Dijual Pada Harga RM699
  • Lebih 52% Pengguna Kini Nikmati Akses Rangkaian 5G - Fahmi
  • Gentari Dan Mastercard Umum Kerjasama Promosikan Penggunaan EV Di Rantau Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY