Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Swift Go 14 AI_PR-Banner

Acer Lancar Swift Go 14 AI Dengan Daya Tahan Bateri Sehingga 23 Jam

Diterbitkan November 12, 2024 oleh Rushsyafizal

Sebelum ini Acer telah melancarkan Acer Swift 14 AI. Kini, Acer telah melancarkan Swift Go 14 AI dengan harga yang lebih mesra pengguna.

Acer Swift Go 14 AI_3

Ia dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon X-Plus. Direka dalam profil nipis dan ringan, Swift Go 14 AI menawarkan daya tahan bateri hingga 23 jam, menjadikannya ideal untuk eksekutif yang memerlukan produktiviti sepanjang hari.

Swift Go 14 AI menggabungkan reka bentuk yang elegan dengan prestasi baik. Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon X-Plus 8-teras dengan keupayaan 45 TOPS, RAM 16GB, dan storan SSD 1TB, komputer riba ini direka untuk multi tugas dan akses pantas ke fail. Paparan 14.5-inci WUXGA 120Hz IPS-nya memberi pengalaman tontonan yang mendalam, menjadikannya pilihan tepat untuk hiburan.

Dibina berasaskan seni bina ARM yang terkini, Swift Go 14 AI menawarkan kecekapan tenaga yang optimum dan fungsi AI canggih, termasuk pembetulan automatik kontak mata dan pengurangan bunyi latar untuk pengalaman mesyuarat maya yang lebih profesional. Acer Purified View 2.0 dan PurifiedVoice 2.0 bekerjasama dengan unit pemprosesan neural (NPU) untuk meningkatkan kualiti panggilan video, manakala pengguna boleh mengawal tetapan webcam dan mikrofon melalui Acer QuickPanel.

Teknologi GT Booster AI Flow juga diintegrasikan untuk keutamaan trafik aplikasi, memastikan sambungan lancar tanpa lag. Sementara itu, fungsi Acer User Sensing 2.0 akan mengunci komputer riba secara automatik apabila pengguna beredar dan membuka semula dengan pengecaman wajah Windows Hello.

Sedia untuk pelancaran Copilot+ akhir bulan ini, Swift Go 14 AI akan mendapat manfaat daripada pembantu pintar ini yang menawarkan sokongan masa nyata dan terjemahan kapsyen langsung dalam 40 bahasa.

Acer Swift Go 14 AI tersedia bermula dari RM3,999 dan boleh didapati melalui Acer eStore, Shopee, Lazada, serta pengedar rasmi seluruh Malaysia. Pembelian dari 12 hingga 25 November 2024 akan menerima USB 256GB SanDisk dan kredit eWallet bernilai RM150 yang boleh ditebus di www.a-redemption.com.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/cllz20p

Lazada – https://invol.co/cllz20s

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Mungkin Kecil Tapi Penting, iOS 18.2 Tambah Baik Aplikasi Photos
  • Amazon Sahkan Data Pekerja Dicuri, Enggan Dedah Jumlah Yang Terjejas
  • Siri OPPO Find X8 Sah Masuk Malaysia, Prapesan Kini Dibuka
  • Beberapa Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Sementara Pada Sabtu, Ahad Ini

Sumber: Siaran media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY