Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer RevoBox

Acer Malaysia Lancar mini PC Dan Dua Projektor Terbaharu, Harga Bermula RM2,049

Diterbitkan Disember 17, 2024 ยท Dikemas kini Disember 17, 2024 oleh Rushsyafizal

Sempena musim perayaan yang bakal tiba, Acer Malaysia memperkenalkan barisan peranti baharu bagi menceriakan waktu bersama keluarga serta meningkatkan produktiviti dan hiburan. Antara produk yang dilancarkan adalah Acer Revo Box mini-PC, serta projektor AOPEN QF18S dan Acer Vero PL2530i.

20241217 Acer Revo Box Mini-PC_07 (1)
20241217 Acer Revo Box Mini-PC_06
20241217 Acer Revo Box Mini-PC_09

 

Acer Revo Box mini-PC hadir dalam saiz kurang dari satu liter dan boleh dipasang menggunakan VESA mount. Direka untuk ruang yang terhad, ia sesuai bagi tugasan harian, tontonan multimedia serta perkongsian kandungan perayaan.

Terdapat dalam dua varian pemproses Intel Core Generasi ke-13 (i5 dan i7), Revo Box menyokong sambungan yang lancar menerusi port USB Type-C, Type-A, RJ45 LAN, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.0. Harga jualan bermula RM2,049 (Intel Core i5) dan RM2,699 (Intel Core i7), boleh didapati di Acer eStore, Shopee, Lazada, dan pengedar rasmi Acer di seluruh negara.

20241217 AOPEN Projector QF18S_01
20241217 AOPEN Projector QF18S_05
20241217 AOPEN Projector QF18S_06
20241217 AOPEN Projector QF18S_16
20241217 AOPEN Projector QF18S_18

Projektor AOPEN QF18S membolehkan akses terus ke rancangan kegemaran, sistem dwi-pembesar suara 5W, dan sambungan Bluetooth untuk perkongsian muzik. Dengan teknologi Auto Focus serta kecerahan LED 13,000 Lumens, visual lebih jelas tanpa proses tetapan rumit.

Acer Malaysia Lancar mini PC Dan Dua Projektor Terbaharu, Harga Bermula RM2,049
Acer Malaysia Lancar mini PC Dan Dua Projektor Terbaharu, Harga Bermula RM2,049
Acer Malaysia Lancar mini PC Dan Dua Projektor Terbaharu, Harga Bermula RM2,049
Acer Malaysia Lancar mini PC Dan Dua Projektor Terbaharu, Harga Bermula RM2,049

Manakala, Acer Vero PL2530i menambah elemen kelestarian melalui 50% plastik kitar semula dan pembungkusan 100% boleh dikitar semula. Projektor ini menggunakan sumber cahaya laser yang menjimatkan 50% tenaga berbanding lampu tradisional.

Kedua-dua projektor menawarkan resolusi FHD, lampu bebas merkuri dengan hayat sehingga 30,000 jam, serta sambungan tanpa wayar untuk pengalaman tontonan lebih mudah.

Ditawarkan pada harga yang lebih mesra poket bermula RM1,199 (AOPEN QF18S) dan RM3,999 (Acer Vero PL2530i), dengan prapesan tersedia sekarang di Acer eStore.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Ini 10 Aplikasi iOS Dan Android Percuma Paling Popular Di Malaysia
  • Bixby Versi Naik Taraf Mungkin Akan Kembali Di Siri Samsung Galaxy S25
  • Proses Pembaharuan Pas My50 Akan Ditangguh Sementara - Rapid KL

Sumber: Siaran media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY