Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CD:NXT, CelcomDigi

Program CelcomDigi CD:NXT Sasar 5,000 Belia Jadi Bakat AI Masa Depan

Diterbitkan Ogos 27, 2025 · Dikemas kini Ogos 27, 2025 oleh ariff bukhari

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan program CD:NXT, inisiatif CelcomDigi untuk membangunkan bakat digital generasi muda.

Program ini menyasarkan 5,000 belia Malaysia dengan kemahiran dalam bidang AI, teknologi, data dan analitik bagi memacu transformasi ekonomi digital negara.

CD:NXT terdiri daripada tiga program utama iaitu:

  • Young Talent Programme (YTP): Latihan dua tahun untuk graduan berpotensi tinggi dengan penekanan pada 8 kemahiran kritikal termasuk AI, keselamatan siber dan kejuruteraan awan.

 

  • CelcomDigi UniConnects: Kerjasama universiti–industri bagi menyelaraskan kurikulum dengan keperluan digital sebenar.

 

  • Program Duta Pelajar (Student Ambassador Programme): Platform kepimpinan untuk memperkasa pelajar sebagai agen keterangkuman digital dan kelestarian.

Pada majlis ini, 20 bakat muda pertama dipilih daripada 3,600 calon untuk menyertai YTP.

‘ Seri Anwar Bin Ibrahim, Chair of the Board

Perdana Menteri turut melawat CelcomDigi AI Experience Centre (AiX) yang mempamerkan 61 kes penggunaan AI merentasi 8 industri utama, termasuk 25 projek perintis yang sedang berjalan.

Dengan pelancara CD:NXT dan AiX, ia sekali gus menunjukkan komitmen CelcomDigi dalam usaha memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekonomi digital global, dan memacu inovasi 5G-AI ke arah negara maju yang inklusif dan berdaya saing dengan pelaburan besar pada bakat muda negara.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • CelcomDigi Dan Huawei Pertama Di Malaysia Tawar WiFi 7 Untuk Perniagaan
  • Inifinix Pegang Rekod Dunia Guinness "Telefon Pintar Ternipis Dengan Paparan 3D Melengkung"

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY