Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belanjawan 2025_pusat data

RM5.9 Bilion Untuk Infrastruktur Dan Bakat AI Negara

Diterbitkan Februari 12, 2026 · Dikemas kini Februari 12, 2026 oleh ariff bukhari

Tahun 2025 menandakan titik perubahan besar dalam penggunaan AI.

Ia bukan lagi sekadar alat produktiviti, tetapi mula menjadi sebahagian daripada cara manusia membuat keputusan, berfikir dan berkreativiti.

Kelebihan daya saing tidak lagi ditakrifkan oleh siapa yang mempunyai sumber yang paling banyak, tetapi oleh siapa yang boleh menggabungkan kecerdasan, infrastruktur dan pertimbangan dengan paling berkesan.

Maka tidak hairanlah kerajaan Malaysia telah melabur hampir RM5.9 bilion dalam infrastruktur dan bakat AI, menurut laporan BERNAMA.

Ini sekali gus menegaskan niat Kerajaan dalam usaha  menjadikan AI sebagai asas pembangunan negara.

pusat data
Infrastruktur memainkan peranan penting, dengan pelaburan pusat data di Malaysia bagi menyediakan asas kukuh untuk beban kerja AI.

Laporan Copilot Usage Report 2025 pula menunjukkan orang ramai menggunakan AI bukan sahaja untuk kerja, tetapi juga ketika memerlukan kepercayaan dan kepantasan, seperti soalan kesihatan, penyelesaian masalah kompleks, dan eksplorasi kreatif.

Memasuki 2026, AI bergerak ke fasa baharu sebagai rakan kongsi digital.

AI agents kini bertindak seperti rakan sekerja, mengurus tugas dan membuat keputusan dengan lebih autonomi.

Organisasi mula membina pasukan hibrid manusia dan AI untuk mempercepatkan keputusan serta memperluas impak.

AI kini berkembang ke bidang kesihatan, sains iklim, dan penemuan saintifik, malah bergabung dengan kuasa pengkomputeran tinggi dan teknologi kuantum.

Namun, kejayaan AI bergantung pada kepimpinan yang jelas, bukan sekadar teknologi semata.

Tanpa kawalan, AI boleh menjadi “double agent” yang boleh membawa kepada risiko besar.

Oleh itu, keselamatan mesti dibina sejak awal, bukan ditambah kemudiannya. Seiring dengan kepesatan AI.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • TNB Akan Bekalkan 280MW Tenaga Untuk Kampus Pusat Data TM Nxera Di Johor
  • Pusat Data AI 200MW Berskala Besar Mesra Alam Akan Dibina Di Cyberjaya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY